berita

“Twelve 13 @ KL Tower” Bakal Tampilkan 6 DJ Trance Antarabangsa!

December 21st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Peminat setia lagu-lagu trance? Jika A State Of Trance oleh Armin Van Buuren adalah satu acara yang ditunggu-tunggu anda pada bulan Mac 2013 nanti, “Twelve 13 @ KL Tower” pula bakal menjadi pembuka tirai untuk tahun 2013 anda.

Dianjurkan sendiri oleh Duago International & Twelve Malaysia, acara muzik trance ini bakal menampilkan 6 dj trance bertaraf antarabangsa seperti Andrew Rayel, Khomha, Marlo, Ruben De Ronde, Wezz Devall dan juga dj Eco.

Ini merupakan satu peluang keemasan bagi para peminat muzik trance di seluruh Malaysia untuk menikmati set-set dan lagu dari dj ternama disamping menyambut tahun baru 2013.

Dj-dj ternama tempatan akan turut beraksi bersama dan antaranya ialah MisterAriffin, Dj Chukiess, Leey Houdini dan juga Adham Nasri. Kesemua mereka mempunyai pengalaman beraksi bersama dj-dj antarabangsa dan turut dikenali dikalangan pendengar muzik trance tempatan.

Jadi, apa tunggu lagi? Anda boleh dapatkan tiket sekarang di Air Asia Red Tix pada harga RM128 (pre-sale) dan RM158 (door-sale). Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi, Twelve Malaysia.

Untuk pengetahuan, Twelve Malaysia juga sudah pernah membawa masuk ramai dj-dj terkenal antarabangsa seperti Tenishia, Jay Lumen, Shogun, dan juga Aaron Camz ke Malaysia.

SKIP THIS AD ×