berita

Twitter : Anak Aeril & Wawa Zainal Lebih Popular?

October 22nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Aeril-Zafril-OHBULAN-19

Sejak tercetusnya kontroversi mengenai perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, nama kedua-dua selebriti itu dilihat sering menjadi perhatian serta bualan para peminat industri hiburan tempatan.

Justeru itu, atas permintaan ramai, Aeril telah memuat naik satu kenyataan di laman sosialnya semalam yang berbunyi, jika nama anaknya, Attar menjadi trending di Twitter, maka dia akan berkongsi foto terbaru bayi comelnya itu kepada peminat.

Aeril Zafrel

Pada awalnya Aeril akui agak mustahil untuk nama anaknya menjadi trending, akan tetapi setelah beberapa jam, nama Attar akhirnya menduduki carta kedua trending di Malaysia.

Aeril Zafrel

Untuk menepati janji tersebut, Aeril telah berkongsi sekeping foto Attar di laman sosial berkenaan dengan caption berbunyi:

Aduhhhh trending plak. Padahal main-main je tadi. Buat masa ini, sekadar ini dulu ya.hehe

Aeril Zafrel

Aeril bersama putera sulungnya, Attar

Dalam pada itu, Aeril turut menyatakan bahawa, sepanjang dia bergiat aktif dalam bidang seni, belum pernah lagi namanya menjadi trending di laman sosial seperti anaknya. Wah, adakah ini menunjukkan aura nama Attar lebih popular daripada nama bapanya sendiri?

Hmm..tidak kisahlah apa pun semoga keluarga Aeril dan Wawa akan kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Artikel Berkaitan :

Untuk makluman, sebelum ini Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah bernikah secara ringkas pada 25 Februari 2012 dan setelah itu, mereka bernikah lagi sekali mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan pada Februari 2013.

Bayi comel mereka, Ahmad Fakharuddin Attar telah selamat dilahirkan pada 24 Ogos lalu di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur.

SKIP THIS AD ×