Pelakon dan usahawan, Tya Arifin didakwa sedang hamil cahaya ketiga kerana kelihatan seperti ‘baby bump’ pada bahagian perutnya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Meninggalkan Negaraku, Melawan Stigma Negatif Ketika Bernikah Dengan Lelaki Dari Negara Seberang’ – Tya Arifin
Artikel berkaitan: Tya Arifin Dedah Pernah Timbul Rasa Takut Nak Jumpa Datuk K, Puji Peribadi Siti Nurhaliza Di Rumah Tak Pernah Tinggi Suara
Nampak ‘baby bump’?
Menerusi hantaran di Instagram, Tya memuat naik foto memakai pakaian serba merah jambu dan ‘coat’ coklat untuk menghadiri ke konsert penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malam tadi, hadir ke konsert Mak Iti. Hari petang yang tak dapat dilupakan.
Meninjau di ruangan komen, Tya dibanjiri ucapan tahniah di atas kehamilan cahaya mata ketiganya.
Lebih menguatkan lagi, seorang individu memberitahu pada hari konsert Siti Nurhaliza tersebut, ibu tiri kepada suaminya, Asyraf Khalid itu mendedahkan bakal menerima seorang lagi cucu.
Wah patut Tokti cakap semalam ‘on the way’ seorang lagi cucu. Tahniah Tya. Semoga dipermudahkan urusan.
Tahniah, Arif dan Ara nak dapat adik lagi.
Nampak macam ada ‘baby bump’ ni Tya. Kalau betul, Alhamdulillah.
Komen netizen
Sekadar info, Tya mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Sumber: Instagram