

Usahawan dan selebriti media sosial, Tya Arifin dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada golongan ibu yang menjalani proses penyusuan badan dengan perkongsiannya di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Bersangka Baik Meski Hati Lelah & Dunia Tak Selalu Ramah’ – Tya Arifin
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Ditegur Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Luah Rasa Kecewa – ‘Semoga Istiqamah’
Menyusu badan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Tya mengulang siar atau ‘repost’ maklum balas pengikutnya yang menjadikan hantarannya sebagai semangat untuk menyusu badan.
Menurut pengikutnya, Tya merupakan pempengaruh yang banyak memberi pengaruh positif kepada golongan ibu.
Dalam pada itu, isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid turut mengucapkan terima kasih kerana mengambil positif mengenai hantarannya.
Made my day.
Terima kasih ibu-ibu yang dah jadikan perkongsian saya sebagai semangat untuk menyusu badan.
Sekadar info, Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 8, dan Azzahra Jiwa, 5 dan Aghnia Amira Jiwa.
Sumber: Instagram @tyaarifinnw








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)