berita

Perkongsian Keupayaan Internet 5G Di Malaysia Buat Ramai Teruja. Apa Yang Menarik?

April 19th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Penggunaan jalur lebar dan internet tanpa sempadan memang tak asing lagi pada dunia hari ini. Boleh kata, semua syarikat telekomunikasi berlumba-lumba nak berikan perkhidmatan internet yang terbaik kepada penggunanya.

Kalau sekarang U Mobile antara pendahulu syarikat telco yang memberikan perkhidmatan internet 4G, korang rasa kalau internet 5G agak-agak macam mana pulak?

Pameran internet 5G, beri gambaran internet masa depan. Waww!!

Dalam usaha untuk Malaysia menuju perkhidmatan internet terbaik, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan pameran yang memberikan gambaran jelas tentang internet 5G. In future, memang membantu sangat urusan seharian kita bila ada 5G ni.

U Mobile jugak tak ketinggalan nak tunjukkan kehebatan internet 5Gnya. Korang tengoklah sendiri 4 use case berkaitan 5G dari U Mobile. Memang futuristic wei!

1. Tele-surgery 

Dengan internet 5G, pastinya dapat membantu produktiviti dunia perubatan. Nak-nak bila melibatkan file besar macam imej MRI. Hanya perlu transfer imej kepada doktor dengan cepat. Untuk rawatan pulak, doktor dan pesakit dah tak payah nak jumpa face to face. Doktor terus mendiagnosis dan merawat pesakit secara maya.

Paling best, internet 5G dalam dunia perubatan dapat mendekatkan jarak antara pesakit di kawasan luar bandar untuk mendapatkan rawatan berkualiti tanpa perlu bergerak jauh.

2. Multi-Penstriman 4K

Tengah streaming video tapi video tersekat? Siapa je yang tak sakit hati kan. Haa.. Dengan internet 5G korang dah tak perlu risau lagi. Sebabnya, sambungan 5G mampu capai kelajuan sehingga Gbps tau. Korang bukan je dapat streaming video dengan jelas dan lancar, malah boleh stream lebih dari satu video dalam satu masa. Syok pulak admin dengar!

3. Main video games dengan kadar latency yang rendah

Korang gamer sejati? Internet 5G la yang korang kena nantikan. Pada showcase ni, U Mobile telah menunjukkan bagaimana kelajuan internet 5G dapat bantu kurangkan latency dengan kadar 10-20Gbps. Games korang pon dah tak delay lagi.

Paling menarik, kalau korang main VR games. Teknologi 5G bantu proses cloud rendering dan menghantarnya kepada pemain melalui medium internet. Ini dapat memberikan terminal permainan kepada gamer bila imej permainan video menjadi lebih jelas dan mempertingkatkan lagi kualiti permainan video.

4. Kamera pengawasan CCTV dengan kualiti HD

Teknologi 5G bermakna internet lebih laju, latency rendah dan lebih berkesan. 3 faktor ni bila bergabung dapat bagi manfaat besar dalam dunia keselamatan. Melalui teknologi ni, kamera litar tertutup (CCTV) dapat menyokong frame rates yang tinggi serta video berdefinisi tinggi. Ini membolehkan gambar yang lebih jelas dan terang dirakam walaupun dalam keadaan gelap.

Bersediakah kita untuk teknologi internet 5G?

Korang rasa macam mana, adakah Malaysia dah bersedia untuk menyediakan rangkaian internet 5G pada masa depan? Hmmm.. Sama-sama kita tunggu okay.

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Pameran Internet 5G Malaysia yang dianjurkan minggu lalu, korang boleh klik je link ni.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×