Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, kebersihan alam sekitar perlu dititikberatkan oleh setiap individu untuk kesejahteraan bersama. Walaupun begitu, masih ada segelintir individu yang pengotor dan mementingkan diri sendiri dengan bertindak membuang sampah dimerata-rata sehingga menganggu persekitaran penduduk setempat.
Terbaru, seorang pengguna Facebook, Man Fazli ada memuat naik beberapa gambar keadaan sebelum dan selepas kawasan kampung yang dipenuhi dengan timbunan sampah itu dibersihkan. Apa yang menariknya inisiatif yang digunakan mereka sangat unik dan kreatif!
Letak sepasang batu nisan
Menerusi perkongsian itu, kawasan kampung dilihat terlalu kotor dengan timbunan sampah yang sengaja ditinggalkan di tepi jalan oleh penduduk setempat. Sikap pengotor segelintir penduduk kampung ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada penduduk di sekitar itu kerana mengganggu keselesaan mereka.
Bahkan, ada juga dalam kalangan penduduk kampung tersebut yang menyatakan bahawa kawasan itu sebelum ini telah pun diletakkan tong sampah namun mereka sebaliknya membuang timbunan baju-baju bundle.
Supaya diberi kesedaran
Bagi menyelesaikan masalah ini, kawasan timbunan sampah tersebut akhirnya telah ‘diubahsuai’ dengan meletakkan sepasang batu nisan seolah-olah seperti kubur.
Inisiatif ini digunakan bertujuan untuk mengelakkan serta memberi kesedaran kepada penduduk setempat supaya tidak membuat sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.
Reaksi warganet
Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya menyokong tindakan berkenaan. Mereka juga percaya bahawa dengan cara tersebut dapat mengajar golongan yang tidak bertanggungjawab itu membuang sampah di tempat yang sepatutnya dan bukan dibuang ditepi jalan sehingga mengganggu keselesaan penduduk yang lain.
Sumber: Man Fazli