Pempengaruh dan suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ meluahkan rasa bengang terhadap individu yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Artikel berkaitan: Ubai Berdebar Nak Bergelar Bapa, Sempat Bermonolog Di Pusara Arwah Ibu – ‘Saya Cakap Ini Cucu Pertama Mak’
Artikel berkaitan: Ubai Terkejut Tengok Harga Lesen Selepas Hantar Adik Ke Sekolah Memandu – ‘Kenapa Harga Makin Mahal?’
Tak beri nafkah anak
Menerusi ciapannya di aplikasi X, Ubai mendedahkan individu tersebut menolak untuk memberi nafkah kepada anak selepas bekas isteri berkahwin lain.
Nafkah anak tak bagi walaupun RM350 dengan alasan sebab ex dah kahwin. Jadi tanggungjawab anak dah pindah ke suaminya.
Bila suami ex bagi nafkah dekat anak kau, kau cakap tu semua duit ex kau, bukan duit suaminya sebab suaminya tak kaya. Biawak hidup ni kang.
Tanggung ‘biawak hidup’
Dedah Ubai lagi, bekas isteri kepada individu itu yang menyara keluarga sepenuhnya semasa mereka masih bersama.
Dari kahwin sampai cerai satu haram pun tak bagi. Anak minta kasut pun tak bagi-bagi sampai sekarang.
Dulu pun ex tanggung daripada makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal. Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambil peduli. Eh geram pulak aku.
Untuk rekod, Ubai dan Shila telah mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos tahun lalu.
Shila pernah berkahwin dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun hubungan mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Sumber: X