Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai MZ, mengimbas kembali kenangan ketika bergelut dengan masalah kewangan bersama arwah ibunya dan adik-beradik pada suatu ketika dahulu.

Artikel Berkaitan: Klien Mahu Anak Shila Amzah Jadi Talent, Ubai Seloroh – ‘Wah Awal Lah Dapat Myvi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ubai Rindu Sosok Ibu, Kongsi ‘Voicenote’ Terakhir

Burger potong 4

Menerusi perkongsian di Threads, Ubai, 27, mendedahkan dia pernah memotong burger kepada cebisan kecil dan membahagikannya sama rata kepada ahli keluarganya demi mengisi perut.

Pernah makan burger tepi jalan. Kami potong empat dengan arwah mak dan tiga adik-beradik yang lain.

Sorang akan dapat satu potong.

Ubai berkongsi kisah itu selepas seorang individu bertanya tentang pengalaman susah yang pernah dilalui oleh orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengambil kesempatan berkongsi kisah mereka ketika berdepan dengan cabaran kewangan.

Komen netizen

Sumber: Threads