berita

‘Ucapan Terima Kasih Paling Istimewa Buat Isteri Tercinta & Keluarga’ – Muhyiddin Yassin Letak Jawatan PM

August 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebentar tadi, Istana Negara mengesahkan Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

PM jadi caretaker sehingga Perdana Menteri baru dilantik

Surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari ini.

Susulan daripada perletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan dan urus tadbir negara khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik buat masa sekarang atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.

PM sahkan perletakan jawatan

Menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi, Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin mengesahkan peletakkan jawatannya selepas gagal memperoleh sokongan majoriti ahli parlimen.

Walaupun mencadangkan keabsahan saya ditentukan di parlimen namun 15 ahli parlimen UMNO telah menarik sokongan kepada saya dan cadangan kerjasama rentas parti telah ditolak oleh parti pembangkang. Saya kehilangan sokongan ahli majoriti.

Maka pada hari ini saya meletakkan jawatan saya sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh ahli jemaah menteri. Rayuan ikhlas daripada rakyat agar saya meneruska jawatan, saya mendengar. Namun rayuan ini tidak dapat saya sambut kerana tidak dapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Namun, telah ditakdirkan hari ini sebagai hari terakhir saya menjadi Perdana Menteri. Saya memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita dan dunia.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampuan daripada saudara dan saudari di atas segala kelemahan saya sepanjang saya menjadi Perdana Menteri.

Saya sentiasa prihatin dengan nasib saudara dan saudari sekalian kerana saya menganggap saudara dan saudari sebagai anak saya sendiri tak tahu lah ada yang panggil saya ‘abah’ terima kasih.

Ucapan terima kasih yang paling istimewa buat isteri saya yang tercinta dan keluarga yang menjadi sumber inspirasi saya sejak dari dahulu hingga hari ini.

Difahamkan, kenderaan yang membawa Perdana Menteri memasuki perkarangan istana negara pada pukul 12.25 tengah hari untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sumber : Istana Negara 

SKIP THIS AD ×