berita

Bengang Tewas, Penyokong Indonesia Lempar Botol Pada Skuad Negara

July 13th, 2018 | by faris
Kini Trending

Pasukan bola sepak bawah 19 tahun negara berjaya meloloskan diri memburu title juara Kejohanan AFF 2018 apabila mara ke final selepas memalukan pasukan Indonesia menerusi penalti 3-1 pada petang Khamis.

Namun kejayaan itu sedikit tercalar apabila ada insiden kurang menyenangkan berlaku selepas perlawanan berakhir.

Netizen gesa penyokong diambil tindakan

https://www.facebook.com/sstv.my/videos/2203789596532516/

Dalam video pendek yang mula viral di Twitter, pasukan negara dilihat terpaksa berlari pecut untuk mengelak balingan botol daripada penonton yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan mereka.

Walaupun kelihatan tenang dan terdapat lelaki berpakaian pegawai keselamatan, penonton masih dilihat melemparkan objek ke arah pemain yang meluru masuk ke bilik persalinan. Pengumuman yang dibuat supaya penonton memberi kerjasama lansung tidak diendahkan, namun tidak dapat dipastikan jika terdapat kecederaan dilaporkan.

Pengguna Twitter Christopher Raj menggesa pihak AFF mengambil tindakan terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia kerana insiden itu boleh membahayakan keselamatan pemain.

Sumber: Sukan Star TVChristopher Raj , Berita Harian 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×