berita

Ugut Tarik Kemaluan, Sebut Kon*k Depan Murid, Bila Ditanya Si Ibu, Jawapan Guru Ini…

September 24th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Guru merupakan golongan yang dipandang tinggi dalam masyarakat kerana bakti yang dicurahkan mereka mendidik anak bangsa. Tidak senang untuk menggalas tanggungjawab berkenaan jika tidak memiliki komitmen dan kesabaran tinggi.

Walaubagaimanapun, seorang pengguna Facebook mendedahkan satu insiden seorang guru yang didakwa bertindak tidak sopan ke atas anak muridnya.

Guru hoki ugut tarik kemaluan

Gambar hiasan

Saya terpaksa up isu ni. Kisahnya begini,

1. Ada seorang ibu PM saya. Guru hoki anaknya selalu mengugut untuk tarik kemaluan pelajar jika sambil lewa praktis hoki.

2. Bukan sekadar ugutan, guru ini juga selalu menggunakan perkataan lucah. Katanya, ia hanya gurauan.

3. Nak dijadikan cerita, tarik kemaluan pelajar itu bukan ugutan saja-saja, bahkan cikgu ini maksudkan. Maka, anak puan ini mengadulah yang guru ini telah beberapa kali menarik dan mencubit kemaluan kawan-kawannya.

4. Bila si ibu menyatakan kekesalan di group whatsapp yang ada ibubapa yang lain, guru berkenaan kata boleh PM beliau personal.

5. Maka, bacalah perbualan dalam screenshot yang saya sertakan ini.

6. Cikgu berkenaan tak rasa ia salah, mencabul, sex harrasment dan hanya menganggap ia gurauan serta cara beliau mendidik.

7. What?

Tiada tindakan pentadbir

8. Lebih malang lagi, di dalam group whatsapp ibubapa, ada mak ayah yang tak ada masalah cikgu berkenaan ‘didik’ dengan cara macam tu. Kata mereka, cikgu tu bergurau je, kenapa si ibu berkenaan emo sangat. Astaghfirullah!

9. Lantas ibu ini panjangkan kes ke bahagian pentadbiran. Namun tiada jawapan dari pentadbir. Kita akan siasat, kata mereka.

10. Jadi, saya nak tegur dan nasihat guru-guru di luar sana. Walau yang berperangai sebegini tak ramai, tapi ia wujud.

11. Tolong sangat faham apa itu sentuhan selamat dan tidak selamat. Tolong sangat tahu private part kanak-kanak, khusus murid di sekolah.

12. Nak denda anak murid supaya power dalam sukan tak ada masalah, tapi biarlah realistik. Pumping ke, pusing keliling padang ke atau lain-lain. Bukan dicubit dan tarik kemaluan pelajar.

13. Bahasa tu kena jaga. Awak tu guru. Cerminan kepada pelajar. Kalau awak juga dok sebut b*t*h, b*r*t, f**k dan lain-lain, ingat budak-budak akan pejam mata, seolah-olah tak dengar apa yang cikgu dia cakap ke?

Boleh jadi gangguan seksual

14. Perilaku seperti ini akan mewujudkan normalisasi dalam perlakuan anak-anak. Bila si guru tanamkan perbuatan ini hanya gurauan, maka inilah yang budak-budak akan faham. Nanti adalah ditarik kemaluan kawan-kawan yang lain.

15. Sepatutnya bukan mak ayah sahaja baca dan hadam silibus Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah, guru-guru dan pentadbir sekolah pun kena faham bab private part ni.

16. Sepatutnya benda ni tak patut terjadi. Ia hal serius.

17. Dari budak minat nak main hoki, sampai jadi trauma dengan perbuatan cikgunya sendiri.

18. Kesian anak ini. Ibunya pun serba salah nak bawa keluar anak dari team hoki. Seolah-olah menyekat minat anak. Tapi bila dalam team, cikgunya perangai gitu pula.

Bukan gurauan

19. Please pentadbir sekolah, agresif sikit bab ni. Pelajar tu adalah klien kalian. Jika cikgu tu terbukti bersalah, dan beliau memang mengaku melakukannya, tolong nasihat jangan buat lagi. Kalau tak, panjang lagi kes jadinya.

20. Semua golongan nak kena educate ni. Dan sepatutnya cikgu tu yang educate murid, bukan buat masalah.

21. Saya post ini agar kejadian begini tak diulang lagi. Ia bukan sahaja termaktub kepada guru berkenaan, tetapi ‘gurauan’ antara atuk dan cucu, ‘gurauan’ bapak dan anak, sepupu dengan anak kita dan lain-lain.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×