Hantaran di Instagram Stories (IG Story) milik pelakon sensasi, Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi kata-kata seorang rakannya mengenai ujian setiap manusia berbeza-beza.

Artikel Berkaitan: Ruhainies Muat Naik ‘Quote’ Agama Di IG, Netizen Serang Bertubi-Tubi

Artikel Berkaitan: ‘Allah Akan Menguasakan Orang Lain Menyebarkan Aibmu Sebagai Balasan Setimpal’

Manusia tak sempurna

Menerusi posting yang dikongsikan, tertulis kata-kata di mana setiap manusia perlu menjaga hati, diri, mulut, jari dan juga fikiran. Ini kerana, ujian setiap manusia berbeza-beza.

Mungkin hari ini hari dia. Esok lusa hari kita. Manusia tak sempurna. Setiap manusia pasti ada khilaf. Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Terdahulu, Ruhainies berkongsi kata-kata seorang tokoh agamawan mengenai akibat menyebarkan aib orang lain. Bukan itu sahaja, aktres berusia 31 tahun itu turut memuat naik kata-kata hikmah yang menasihati orang ramai untuk  mengelakkan diri daripada membenci seseorang hanya selepas mendengar ‘khabar angin’ daripada orang lain.

Sumber: Ruhainies