berita

Ujibakat Program 3R Kini Bermula!

May 29th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Yuen, Tini, Rafidah & Azah)

Adakah anda seorang yang pintar, perihatin dan konfident apabila dikritik? Sekiranya ya, ayuh! sertai ujibakat pencarian hos untuk program 3R musim terbaru mulai hujung Mei ini.

Mereka yang dicari adalah golongan wanita yang berumur antara 21 hingga 26 tahun, fasih berbahasa Melayu, seorang yang berfikiran spontan, tidak takut menyuarakan pendapat serta mempunyai personaliti yang menarik.

Sebagai hos 3R, anda juga perlu selesa dengan diri sendiri dan banyak menyumbang serta memahami pelbagai isu-isu semasa untuk diketengahkan kepada umum.

Artikel Berkaitan :

Yuen-Rafidah-Tini-Azah

Foto sekitar pelancaran program 3R musim terbaru

Untuk makluman, sebelum ini program 3R pernah dikendalikan oleh 5 pengacara hebat iaitu Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina).

Sekiranya anda berminat untuk menyertai pencarian hos baru 3R, sila rujuk jadual ujibakat yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  1. 31 Mei & 1 Jun – Dewan Kuliah A, Foyer,  Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. (9.00 pagi – 5.00 petang)
  2. 3 Jun & 6 Jun – Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam (9.00 pagi – 5.00 petang)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pencarian hos ini, anda juga boleh layari laman web rasmi 3R di www.3r.com.my/projek3R

SKIP THIS AD ×