Kalau sebelum ni ramai yang rasa internet laju cuma best dekat bandar besar, kini situasi tu mula berubah. Minggu lepas, U Mobile secara rasmi melancarkan ULTRA5G di Sabah, menandakan langkah besar dalam memperkukuh sambungan digital di negeri Borneo ini.

Dengan peluasan rangkaian 5G generasi baharu ini, Sabah tampil lebih bersedia untuk bergerak seiring dengan dunia digital yang semakin pantas.

ULTRA5G kini meliputi lokasi utama di Sabah

U Mobile mengembangkan rangkaian ULTRA5G ke beberapa kawasan strategik termasuk Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort dan Kudat, dengan peluasan berperingkat yang akan terus dilaksanakan ke lebih banyak lokasi di Sabah.

Ini bermakna lebih ramai pengguna kini boleh menikmati kelajuan 5G yang stabil untuk kegunaan harian sama ada bekerja, belajar atau hiburan.

Menariknya, liputan ULTRA5G indoor juga sudah tersedia di lokasi tumpuan seperti Imago Mall dan Kota Kinabalu International Airport.

Jadi lepasni kalau ada isu tak ada line atau susah nak berhubung bukan lagi alasan.

Ini 3 perkara utama yang membezakan ULTRA5G

Prestasi Lebih Padu Dan Responsif

ULTRA5G menawarkan kapasiti rangkaian sehingga 2x lebih besar, mampu menampung trafik pengguna yang tinggi tanpa gangguan. Hasilnya, streaming jadi lebih smooth, gaming kurang ‘lag’, dan panggilan video kekal jelas walaupun di kawasan sesak.

Liputan 5G Paling Luas Dan Mendalam

Dengan sokongan In-Building Coverage (IBC), ULTRA5G memastikan pengalaman 5G yang konsisten bukan sahaja di luar, malah di dalam bangunan. Ini sangat penting untuk pusat beli-belah, lapangan terbang dan ruang awam.

Rangkaian 5G Generasi Baharu

Dikuasakan teknologi AI dan kecekapan spektrum maksimum, ULTRA5G direka untuk menyokong keperluan masa depan daripada kegunaan harian sehinggalah solusi enterprise seperti IoT, smart city dan rangkaian 5G persendirian.

Apa manfaat yang mereka boleh dapat?

Untuk pengguna harian, ULTRA5G bermaksud panggilan video yang lebih jelas, tontonan tanpa ‘buffering’ dan pengalaman internet yang stabil walaupun di lokasi sesak. Sambungan yang lebih dipercayai juga menyokong urusan kerja jarak jauh, pembelajaran dalam talian dan hiburan digital.

Bagi perniagaan pula, ULTRA5G membuka peluang pendigitalan melalui aplikasi 5G-A dan AI, termasuk IoT, automasi operasi, serta perkhidmatan keselamatan siber untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik dan aliran kerja yang lebih efisien.

Pelancaran ini jelas mencerminkan komitmen U Mobile dalam memperkasa ekonomi digital Sabah. Selain rangkaian, U Mobile juga mempunyai kehadiran fizikal di Imago Mall serta sebuah kedai baharu di Kompleks Karamunsing, memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan dan maklumat.

Tambahan pula, pelan khas untuk Sabah seperti U Borneo Prepaid, Postpaid dan U Home 5G Borneo ditawarkan bagi memenuhi keperluan tempatan.

Sebagai simbol sambutan, pelancaran ULTRA5G turut diraikan melalui Cara U Sabah ULTRA5G Fest yang berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung dengan pameran inovasi 5G, persembahan bertenaga dan pengalaman teknologi interaktif.

ULTRA5G U Mobile: Pengalaman internet lebih smooth untuk kerja, hiburan & segalanya!

Dengan ULTRA5G kini di Sabah, masa depan digital yang lebih pantas, stabil dan pintar bukan lagi sekadar janji.

Ini merupakan langkah besar ke arah sambungan yang lebih inklusif, menyokong gaya hidup moden serta keperluan perniagaan masa kini.


Nak tahu lebih lanjut tentang ULTRA5G? Layari laman rasmi ULTRA5G U Mobile dan terokai pelan yang sesuai dengan keperluan korang hari ini.