berita

‘Umat Islam Boleh Ucap Merry Christmas’ – Mufti Wilayah

December 5th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Bulan Desember merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh penganut agama kristian. Hal tersebut kerana pada tanggal 25 Desember setiap tahun mereka menyambut Hari Natal. Namun di Malaysia, ramai masyarakat melayu menganggap mengucapkan ‘selamat menyambut Hari Natal’ kepada mereka yang meraikannya merupakan satu kesalahan di sisi agama.

Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa mengucapkan ucapan selamat kepada mereka yang menyambut Hari Natal dibenarkan di sisi agama Islam.

Merupakan ucapan tahniah

Menerusi laporan Sinar Harian, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu dibenarkan kerana ia disifatkan ungkapan  tahniah kepada perayaan agama lain tanpa niat memuliakan agama mereka.

Umat Islam boleh mengucapkan kepada orang Kristian (Merry Christmas), dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya.

Selagi tidak memuji agama lain

Tambah beliau lagi, mengirim salam melalui kad, e-mel atau mesej teks kepada orang bukan Islam semasa musim perayaan mereka adalah dibenarkan, selagi ucapan itu tidak memuliakan agama lain atau menggunakan simbol agama menurut Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah dalam mesyuarat ke-78 dalam Hal Ehwal Islam pada 2007 yang telah menyimpulkan hal tersebut.

Adalah penting untuk mewujudkan kesedaran mengenai perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan.

Hiduplah dengan harmoni bersama orang-orang beragama lain.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×