berita

‘Umat Islam Tak Boleh Survive Kalau Boikot Produk Bukan Muslim’ – Ahli Lembaga YaPEIM

September 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

 

Sejak dua menjak ini, rakyat Malaysia terutamanya Muslim sedang ligat menggerakkan kempen menggalakkan pembelian produk Bumiputera di laman sosial media. Malah di facebook, Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia untuk menyokong produk keluaran orang Islam telah ditubuhkan dan kini mempunyai lebih dari sejuta ahli .

Namun, sejak kempen dan persatuan ini diwujudkan, ia telah mengundang rasa kurang senang beberapa pihak. Terbaru menerusi laporan MalaysiaGazette, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut memberi pandangan tentang perkara itu. 

Tak boleh survived

Dr. Rosli Yaakop menyifatkan umat Islam di negara ini akan sukar untuk survive jika meneruskan kempen memboikot produk keluaran bukan Bumiputera.

Ini kerana menurutnya usahawan Islam dan bukan Islam saling bergantung dalam mengeluarkan produk.

Ada juga barang orang bukan Islam yang muslim tidak keluarkan kereta, telefon bimbit, jadi boikot bukan termonologi yang sesuai untuk kita galakkan pembangunan usahawan Islam.

Kalau kita nak boikot produk bukan Islam kita tidak boleh survived.

Langkah ke belakang

sekadar gambar hiasan

Katanya, orang Islam di negara ini juga tidak mampu bertahan dan maju ke hadapan jika berterusan memboikot produk bukan Muslim.

Malah, beliau turut menganggap tindakan tersebut adalah tidak wajar untuk dilakukan.

Kita tak boleh pandang ekonomi negara hanya untuk memenuhi keperluan orang Melayu. Tidak akan bawa ke mana sebab dalam ekonomi ada sistem input output ada benda kita boleh buat ada yang orang lain boleh buat itu memang sistem ekonomi.

Bagus utamakan produk Muslim tanpa boikot produk lain

Bagaimanapun beliau mengakui mengutamakan produk Muslim adalah satu tindakan baik dan wajib dalam kalangan penganutnya kerana ia membantu perkembangan ekonomi Islam. 

Namun katanya, ia konsep yang tidak sepatutnya dilihat sebagai usaha untuk memboikot produk lain, apatah lagi jika ia dijadikan sebagai modal mencetuskan isu perkauman.

Sokong mengutamakan produk Islam dalam konsep besar memakmurkan ekonomi bukan perkauman. Mendahulukan should be ok. Wajib kita mendahulukan sokong usahawan muslim.

Dapat banyak bantahan sebelum ini

Sebelum ini, beberapa pemimpin turut lantang menyuarakan bantahan terhadap kempen yang dianggap memboikot produk bukan Muslim ini.

Antaranya ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa agar pihak Umno dan PAS mengecam kempen memboikot perniagaan bukan bumiputera. Menurutnya, orang ramai haruslah mengambil iktibar dari pesanan wira badminton negara Lee Chong Wei agar tidak membiarkan isu-isu kecil memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Selain itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi kenyataan di Facebook menyifatkan tindakan memboikot barangan masyarakat bukan Muslim adalah tindakan kurang bijak kerana dilihat tidak adil buat masyarakat bukan Muslim yang tidak mempunyai niat permusuhan dengan orang Islam di negara ini.

Bahkan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri turut membantah kempen itu sambil menyifatkan ia sebagai tindakan bagi mereka yang berfikiran cetek. Malah kata pemimpin itu, gerakan seperti itu tidak akan mendatangkan kesan yang besar bahkan ia sekadar mengundang api kemarahan dalam masyarakat di negara ini.

Sumber: MalaysiaGazette, Astro Awani, Facebook Dr. Maza, Malaysiakini

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×