
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memberikan respon berhubung tindakan ibunya Siti Hafizah Sheikh Mohamad yang didakwa sengaja menutup wajah bekas isteri, Bella Astillah pada foto keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Rindu Ayden & Ara – ‘Alhamdulillah, Saya Rasa Mereka Berada Di Persekitaran Yang Baik’
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah Sengaja ‘Ditutup’ Pada Potret Keluarga Aliff Aziz?
Ibu tak sengaja
Ketika ditemui OhBulan!, Aliff atau nama lengkapnya Mohamad Aliff Aziz, 35, menjelaskan bahawa perhiasan yang berada di dalam kediaman tersebut adalah milik ibu bapanya.
Ini adalah perkara yang saya rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah saya.
Jadi, terpulanglah kepada mereka untuk letak hiasan yang mereka nak dalam rumah.
Aliff, yang enggan menjelaskan lebih terperinci berkata, berkemungkinan tindakan ibunya itu adalah tidak disengajakan.
Umi saya tak sengaja, masa tu tengah buat review makanan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk “freeze frame” dan sebagainya.
Saya tak boleh komen banyak fasal hal dalam rumah mak ayah saya.
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka iQIYI yang berlangsung di Andaman Grand Ballroom pada Selasa.
Bagaimanapun, selebriti berasal dari Singapura itu menegaskan bahawa dia kini hanya mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri.
Setiap orang ada persepsi masing-masing.
Kalau saya nak buat sesuatu dalam hidup mengikut kata orang, maka saya akan duduk di tahap itu sajalah.
Banyak benda bodoh yang saya lakukan dalam hidup sebelum ini, jadi sekarang saya nak fokus untuk memperbaiki diri.
Terdahulu, menerusi video di Instagram Stories, kelihatan wajah Bella seolah-olah sengaja ditutup pada foto berkenaan.
Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen yang menganggap perkara tersebut sebagai tidak matang, memandangkan Bella masih merupakan ibu kepada cucu-cucunya.
Imbas kembali, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.