Selepas tampil bersuara tentang kemelut rumah tangga bersama madu iaitu Marissa Dania, pempengaruh, Umisya Mazlan menerima kecaman hebat daripada warganet.

Artikel Berkaitan: Umisya Pernah Cerai Dengan Aslam Sebelum Kahwin Dengan Marissa, Sanggup Poligami Sebab Suami Jalankan Tanggungjawab

Artikel Berkaitan: Kakak Umisya Mazlan Bersuara, Berang Adik Dituduh Tambah Cerita – ‘Bukan Suka-Suka Nak Keluarkan Kenyataan Kalau Tiada Bukti’

Dikecam

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Umisya memuat naik tangkap layar direct message yang mengandungi kecaman terhadap diri dan juga anak-anaknya.

Dalam mesej tersebut individu itu mengatakan Umisya tidak cerdik kerana menjadi punca ibu kepada Marissa, Abby Abadi dikritik warganet.

Lebih membimbangkan, individu itu turut mendoakan perkara yang tidak baik menimpa dirinya dan anak-anaknya.

Difahamkan, mesej cercaan yang diterima merupakan salah satu sebab mengapa Umisya mempertahankan diri dengan mendedahkan cerita sebenar.

Umisya kena diam sebab nama tak kena petik, Tiada siapa sebut nama yang di sini. Mereka cerita dan mereka cerita yang tiada.

Sebelum ini, Umisya yang sudah lama berdiam diri tampil menjelaskan perkara yang berlaku dalam perkahwinannya bersama Ahmad Aslam.

Sumber: Instagram