berita

Umpan Nak Bagi Makanan & Pujuk Ke Rumah, Wanita Gelandangan Dirogol 3 Lelaki Durjana

February 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Taktik tiga orang lelaki yang mengumpan ‘makanan’ kepada seorang wanita gelandangan membawa padah apabila mereka akhirnya dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah kerana merogol wanita terbabit.

Umpan makanan sebelum rogol

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Daily Star, insiden yang berlaku pada Jun tahun lalu berlaku semasa suspek utama iaitu Adrian Voicu berusia 31 tahun menghampiri mangsa yang berada berhampiran pusat perlindungan gelandangan sebelum mengajaknya pulang ke rumah. Wanita gelandangan terbabit bersetuju dengan ajakan tersebut selepas terpedaya dengan kata-kata suspek yang menjanjikan mahu memberinya makanan dan minuman panas.

Setibanya di sana, mangsa menanti makanan dan minuman yang dijanjikan namun siapa sangka, rupa-rupanya dua lagi rakan Voicu (suspek utama) iaitu Sandokan Pachiu berusia 30 tahun dan Constantin Dumitru, 24 tahun sudah pun berada di rumah tersebut. Suspek kemudian meminta mangsa naik ke tingkat atas sebelum dia dan rakannya merogol wanita itu secara bergilir-gilir.

Tiga suspek dijatuhi hukuman penjara

Tiga suspek rogol wanita gelandangan (Foto: Daily Star)

Menurut sumber, kejadian kejam itu dipercayai berlaku selama 11 jam sebelum mangsa akhirnya berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis. Susulan daripada itu, pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek. Menurut Detektif Sarjan Eleanor Campbell, mangsa juga telah didera oleh ketiga-tiga suspek.

Mangsa telah didera dengan salah satu cara yang paling teruk. Lelaki-lelaki ini mengumpan kelemahannya dengan mengajak mangsa ke rumah mereka.

Ini adalah pengalaman pahit dan ngeri yang sudah pasti akan meninggalkan kesan buruk dan menghantui mangsa.

Pihak mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun terhadap Adrian Voicu sementara dua lagi suspek dipenjara selama 11 tahun setengah.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×