berita

Umpan RM80 & Lampin, Pedofilia Minta Gambar Kemaluan Budak Tukaran ‘Bantuan’ Covid-19

April 10th, 2020 | by faris
Kini Trending

Demi melempiaskan nafsu jijik, ada yang sanggup mempergunakan kepayahan orang lain ketika wabak Covid-19 ini untuk kepentingan sendiri. Pengguna Facebook Auni Ameera mendedahkan taktik terbaru pelaku pedofilia yang masih berleluasa meminta gambar tidak sopan anak kecil berselindung di sebalik niat menolong.

Minta gambar bahagian sulit anak

Screenshot perbualan Facebook messenger antara seorang ibu dan suspek pelaku pedofilia ini menggunakan modus operandi kononnya menawarkan bantuan lampin pakai buang untuk mereka yang layak. Individu dengan nama Yanalee itu menjanjikan wang RM80 dengan syarat memberi gambar kemaluan anak selain nama anak, umur dan beberapa info peribadi.

Kalau kemaluan merah diberi RM80 dan krim

Tambah pelik, jika kemaluan anak kelihatan ‘merah’ wang RM80 turut diberikan berserta krim. Individu itu juga mendakwa dia merupakan badan bukan kerajaan (NGO) penjagaan kulit turut memberikan bantuan Covid-19 untuk keluarga susah.

Bantuan anak bawah 6 tahun

Cetus kemarahan netizen

Sumber: Auni Ameera