Perlaksanaan umrah secara persendirian atau lebih dikenali sebagai umrah DIY (do-it-yourself) adalah satu kesalahan di sisi undang-undang kerajaan Arab Saudi. Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Sejak kebelakangan ini umrah secara persendirian popular dalam kalangan netizen. Ramai berkongsi pengalaman mereka mengerjakan umrah di media sosial dan seterusnya menjadi panduan buat orang lain yang merancang mahu mengerjakan umrah juga.
Boleh ditahan
contoh perkongsian umrah DIY di Facebook
Datuk Mas Ermieyati berkata, mana-mana individu yang melakukan umrah DIY boleh ditahan oleh pihak berkuatkuasa Arab Saudi.
Kerajaan Arab Saudi mewajibkan jemaah yang berada di Tanah Suci berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah yang sah atau lebih dikenali sebagai muassasah.
Ada pihak yang berkongsi pengalaman kejayaan mereka mengerjakan umrah secara DIY terutama melalui media sosial.
Bagaimanapun, kementerian mengingatkan pelancong yang dikategorikan sebagai Pengembara Bebas (FIT) tidak terpakai bagi tujuan umrah.
Sumber : Berita Harian