berita

Umum Bersara, Ini Rekod Paling Membanggakan Sepanjang 2 Dekad Datuk Nicol David

February 19th, 2019 | by faris
Kini Trending

Sebut sahaja sukan skuasy, nama Datuk Nicol Ann David pastinya tokoh sukan paling disegani sehingga diberi jolokan ratu skuasy negara. Kejuaraan demi kejuaraan dirangkul saban tahun sehingga mendapat gelaran pemain profesional dunia.

Terbaru, dunia sukan dikejutkan dengan pengumuman terbaru Nicol David yang menyatakan hasrat persaraannya, semalam.

Bersara selepas 20 tahun

Nicol menerusi laman sosialnya mengesahkan akan bersara selepas Jelajah Profesional Squash Assosiation (PSA) pada Jun depan. Keputusan itu diambilnya setelah 20 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan. Paling membanggakan Nicol pernah berada di kedudukan pemain nombor satu dunia 9 tahun berturut-turut bermula 2006 hingga 2015.

Menurutnya, keputusan itu amat tepat buat dirinya ketika ini. Walaubagaimanapun, Nicol mengakui akan kekal aktif dalam sukan yang sudah menjadi darah dagingnya itu.

Selepas lebih 20 tahun mewakili negara dalam sukan skuasy, beraksi dalam jelajah profesional dan menikmati beberapa kejayaan, saya sekarang ini sudah bersedia dan gembira untuk mengumumkan persaraan pada penghujung musim ini.

Telah lama fikirkan persaraan

Ujarnya, keputusan bersara telah lama difikirkan dan dia sedia maklum musim ini adalah yang terakhir untuknya. Tambahnya lagi, dia telah berjuang fizikal dan mental untuk kekal yang terbaik sebelum ini dan hanya tinggal tenaga terakhir sebelum ke peringkat seterusnya.

Keputusan ini telah difikirkan masak-masak dan saya tahu ini adalah musim terakhir untuk saya sertai. Minda dan tubuh daya telah lama berjuang untuk kekal berada di tempat teratas, kekal menjuarai untuk masa yang panjang.

Saya rasakan hanya ada tenaga terakhir untuk musim terakhir sebelum melangkah ke fasa berikutnya dalam hidup.

Pegang top 5 paling lama

Selain kejayaannya memenangi 8 kali kejuaraan dunia, Nicol juga pernah merangkul piala Terbuka Britain, 2 pingat emas Sukan Komanwel, 5 emas Sukan Asia dan 3 emas di Sukan Dunia.

Zaman kegemilangan Nicol di ranking dunia  PSA berakhir pada September 2015 namun dia mengukir sejarah dengan rekod paling lama memegang takhta top 5 selama 143 bulan dan top 10 selama 177 bulan.

Selepas bergelar pemain profesional pada 2000, pemain kacukan Cina-India ini memenangi 81 gelaran, ke final sebanyak 102 kali dan memenangi 567 dari 680 perlawanan. Kejuaraan terbarunya adalah di Ciudad de Floridablanca pada Mac 2017.

Anak kelahiran Pulau Mutira ini juga berjaya dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman melalui satu undian pada musim panas tahun lalu.

Terima ucapan selamat

Sumber: Harian Metro, PSA World Tour

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×