berita

Umur Baru 24, Riena Diana Puas Hati Dapat Beli Kereta Baru – ‘Bukan La Mewah Mana Tapi Saya Sangat Gembira’

September 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Rienadiana_

Pelakon dan penyampai radio HotFm, Riena Diana menerusi satu hantaran di Instagram, meluahkan rasa syukur berikutan berjaya membeli sebuah kereta bersempena hari jadinya yang ke-24.

‘Belanja sikit hadiah birthday’

Foto: Rienadiana_

Difahamkan, pelakon Kampung People ini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada Jumaat yang lalu. Menerusi foto dikongsi, Riena bergambar di hadapan keretanya Mazda CX-5 yang dianggarkan bernilai sekitar RM132,000.

Dia turut memanjatkan rasa syukur kerana berjaya membeli sebuah kereta pada usia 24 tahun dan merealisasikan impiannya.

Belanja sikit hadiah birthday i haritu! Alhamdulillah ketika berusia 24, Saya dapat realisasikan impian dalam hidup saya. Lain orang, lain perjalanan kan?

Bukan la mewah mana tapi saya sangat gembira. Lebih banyak mendatang, Insyaallah! Next apa pulak?

Kini, Riena menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio HotFm menerusi segmen Sembang Squad yang ke udara pada pukul 3 petang hingga 7 malam.

Congrats!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah atas pencapaiannya.

Sumber: Rienadiana_

SKIP THIS AD ×