berita

Umur Persaraan Tidak Akan Dilanjutkan, Kekal Pada Usia 60 Tahun

September 4th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Beberapa hari ini, majoriti rakyat khususnya golongan belia menyuarakan bantahan terhadap hasrat untuk meneliti cadangan menaikkan had umur persaraan dari 60 ke 65 tahun seperti yang disampaikan Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran.

Kini, mereka mungkin boleh menarik nafas lega apabila dilaporkan kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan perkara itu ketika ini.

Sudah dimuktamadkan

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar semalam berkata had umur persaraan itu tidak akan dilanjutkan dan akan kekal pada usia 60 tahun ketika ini.

Katanya, keputusan itu telah dimuktamadkan dan dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pembaharuan Perkhidmatan Awam yang bermesyuarat pada Mac lalu.

Kita sudah putuskan bahawa usia 60 tahun adalah kekal. Jadi kita tidak ada cadangan untuk menaikkan usia persaraan penjawat awam kepada 62 atau 65 tahun.

Keputusan selaras dengan dasar kerajaan

Sekadar gambar hiasan

Beliau berkata, keputusan untuk mengekalkan had umur persaraan pada umur 60 tahun dibuat selepas kerajaan meneliti pelbagai perkara termasuk memastikan lebih banyak peluang kerajaan diwujudkan di negara ini.

Malah katanya, ia juga dibuat selaras dengan dasar kerajaan untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam sebanyak lima peratus menjelang 2021.

Memang kita menerima banyak cadangan tetapi setakat ini keputusannya masih kekal 60 tahun, jika masa akan datang kita tidak tahu.

Tun M juga tak setuju

Selain itu, menerusi laporan Astro Awani, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpandangan bahawa tiada keperluan untuk melanjutkan had umur itu seperti yang dicadangkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Katanya, had umur persaraan pada 60 tahun patut dikekalkan supaya tidak menyekat peluang pekerjaan terhadap mereka yang lebih muda khususnya.

Jangan kata Perdana Menteri berumur 94 tahun tidak bersara pun. Saya bukan tidak bersara, tetapi dipanggil semula untuk bekerja.

Bagi saya, eloklah sampai 60 tahun.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menyatakan bantahan terhadap perkara itu kerana menurutnya pada ketika ini masih ada 500,000 golongan muda yang masih menganggur.

Katanya,  anak muda patut diberi peluang pekerjaan yang berkualiti dan tidak membantutkan potensi golongan itu untuk dinaikkan pangkat.

Sumber: Berita Harian, Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×