berita

UMW Toyota Tawar Promosi Istimewa Untuk Model Vios & Yaris, Bayaran Bulanan Serendah RM498!

April 5th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Berita baik buat korang yang ada perancangan nak beli kereta baru! Memang ni lah masa yang paling sesuai untuk realisasikan impian korang tu sebab Toyota ada promosi istimewa sekarang ni!

Haa.. Memang ngam sangatlah kalau korang target nak keluar kereta raya nanti, bolehlah bawa keluarga tersayang beraya naik kereta baru! Bayaran bulanan pun tak mahal geng, tak ada lah sakit poket korang nak membayar tiap bulan nanti.

Vios hanya RM548 sebulan & Yaris RM498 je!

Pada min, dua model Vios dan Yaris ni memang cun sangat dan bersesuaian dengan gaya hidup moden generasi masa kini. Tengok jelah rekaan luar dia yang ikonik tu! Memang menawan hati, ditambah pula dengan warna metallic yang vibrant.. Fuhh!

Tapi paling penting mestilah harganya kan? Haa.. Melalui pelan ansuran yang ditawarkan sekarang korang boleh miliki Vios dengan bayaran bulanan RM548, sementara Yaris pula hanya RM 498 setiap bulan!

Untuk servis pula, korang tak payah pening fikir kalau harganya akan melambung tinggi sebab korang boleh tambah RM32 je setiap bulan untuk pakej servis selama 5 tahun.

Bukan tu je tau, korang juga bakal menikmati rebat tunai dan aksesori percuma sehingga RM4,000! Berbaloi habis geng!

Sarat dengan spesifikasi dan ciri keselamatan yang mantap

Kedua-dua model Vios dan Yaris ni turut diperhebat dengan spesifikasi dan ciri keselamatan yang mantap macam Toyota Safety Sense (TSS).

Ciri ni akan memastikan kereta korang berada dalam jarak selamat ketika pemanduan sekaligus mengelakkan korang ‘tercium’ kenderaan di hadapan melalui sistem pra-pelanggaran atau Pre-Collision System.

Ada juga Lane Departure Alert yang akan bagi amaran kalau kereta korang nak terkeluar dari lane ketika memandu dan amaran juga akan diberi kalau ada kereta lain datang himpit korang dekat blind spot.

Antara ciri keselamatan lain yang power adalah Vehicle Telematic Systems (VTS). Ianya ciri yang membantu untuk menjejak lokasi kenderaan korang secara real time bersama butiran bagaimana ianya dipandu.

Lepas ni kalau bagi member pinjam kereta tak risaulah geng, kita sendiri boleh tengok dekat mana kereta tu dan macam mana kawan korang bawak kereta tu. Semua ni boleh dipantau melalui aplikasi VTS je.

Turut tersedia pada Vios dan Yaris adalah kemudahan wireless charger! Love teruk! Tak payah dah korang susah-susah nak bawak kabel untuk cas phone.

Nak mainkan muzik dalam kereta pun akan jadi lebih mudah dengan adanya Apple Carplay & Android Autoready Connectivity (AACP). Memang serba canggih lah!

Nak model lain pun ada juga tau!

Pelan ansuran yang ditawarkan Toyota ni bukan je terhad kepada Vios dan Yaris tapi korang juga boleh pilih model lain macam dekat bawah ni:

Kalau korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut apa kata korang ke Online Showroom Toyota di SINI. Yes! Tak payah keluar rumah pun sekarang korang dah boleh dapat full virtual tour untuk kereta yang korang suka.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promosi ni serta terma dan syarat korang boleh lawati laman web rasmi toyota di https://toyota.com.my/monthly-promo.

SKIP THIS AD ×