
Ha, musim pilihan raya dah dekat ke ni? Eh bukanlah… tapi kalau korang pergi MYDIN sekarang, memang rasa macam tengah kempen pilihan raya betul!
Mana taknya, siap ada undi jenama kegemaran, manifesto, dan ganjaran besar-besaran sampai RM6.8 juta! Semuanya sempena Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 yang cukup fun, penuh diskaun, dan confirm buat ramai rakyat happy!
Undi jenama kegemaran korang & tentukan “YB”!
Dengan tema “Pilihan Rakyat, Harga Rakyat”, MYDIN nak beri kuasa memilih kepada rakyat Malaysia, bukan pilih calon, tapi pilih jenama yang korang sayang! Siap ada kerusi Parlimen dan DUN tau… tapi semua ni untuk rebut gelaran YB: Yang Berharga!
Kempen unik ni berlangsung dari 24 Julai hingga 6 Oktober 2025 dan korang boleh sertai dekat semua cawangan MYDIN seluruh Malaysia atau pun secara dalam talian! Cara nak sertai pun senang sangat.

Setiap kali korang beli satu produk daripada jenama yang bertanding, korang automatik dapat satu undi (secara fizikal) dari 24 Julai hingga 31 Ogos.
Lepas tu, boleh teruskan undi secara online guna aplikasi MYDIN Rewards dari 1 hingga 16 September. Jenama dengan undi tertinggi akan diumumkan sebagai “Yang Berharga” pada 18 September nanti!

Bukan sekadar undi! Rebut baucar, cashback & promosi bernilai jutaan ringgit!
1. Ganjaran Rakyat – RM400,000 Untuk Dimenangi!

Undi guna aplikasi MYDIN Rewards dari 1-16 September dan korang berpeluang menang baucar + pulangan tunai bernilai lebih RM400,000.
Haa, siapa rajin undi, bolehlah dapat rezeki lebih!
2. Cashback Rakyat – Belanja & Dapat Pulangan Tunai!

Dari 25 Julai hingga 5 Oktober 2025, setiap kali korang guna e-dompet terpilih seperti Boost, Atome, Setel dan lain-lain, boleh nikmati diskaun + cashback sehingga RM300,000 di semua MYDIN!
3. Rezeki Rakyat – Promosi Gempak Sampai RM1.68 Juta!

Tak cukup dengan tu, ada juga diskaun eksklusif, peraduan dengan jenama dan permainan Cash Out melalui MYDIN Pay! Semua ni bernilai RM1.68 juta, guys. Memang confirm berbaloi!
Semua ni adalah inisiatif oleh MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) rangkaian peruncit dan pemborong halal terbesar Malaysia yang memang selalu prihatin dengan situasi rakyat, especially bila bab harga barang.
Jadi, kempen kali ni bukan sekadar beli-belah… tapi ada elemen keseronokan, ganjaran, dan semangat kenegaraan!

Apa lagi korang tunggu? Jom ramai-ramai “undi” jenama pilihan dan rebut ganjaran bernilai jutaan ringgit dalam Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 sekarang!
Kunjungi cawangan MYDIN terdekat atau muat turun aplikasi MYDIN Rewards untuk maklumat lanjut.
Nak tahu lebih banyak? Layari je www.mydin.my dan follow MYDIN Malaysia kat media sosial untuk update terkini.








