berita

Undi Kereta Terbaik Anda Di Carlist.my People’s Choice Awards & Menangi Hadiah Bernilai RM30,000!

November 8th, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Carlist.my People’s Choice Award Car of The Year kini kembali lagi untuk tahun keempat. Dianjurkan oleh laman web automotif No.1 di Malaysia, Carlist.my, anugerah pada tahun ini bakal menobatkan kereta terbaik bagi pelbagai segmen dan jenama terkenal di pasaran tempatan.

18 kategori dipertandingkan

Terdapat 18 kategori bertaraf bintang yang dipertandingan tahun ini. Antaranya kereta Kompak Hatch terbaik, kereta Hatch Pertengahan terbaik, kereta Hatch Premium terbaik, kereta Bajet MPV terbaik, kereta MPV Pertengahan terbaik, kereta MPV Premium terbaik, kereta Sedan Kompak terbaik, kereta Sedan Pertengahan terbaik, kereta Sedan  Keluarga terbaik, kereta Sedan Premium terbaik, kereta Sedan Mewah Premium terbaik, kereta Crossover terbaik, SUV terbaik, kereta SUV Mewah Continental Tyre terbaik, kereta Aspirasi Continental Tyre terbaik, trak Pick-up terbaik, kereta mesra alam terbaik and kereta bajet terbaik.

Kategori baru

Sebagai tambahan kepada anugerah kali ini, Carlist.my akan memperkenalkan anugerah baru iaitu Anugerah Pilihan Editor – Kereta Tahunan Terbaik. Finalis untuk Anugerah Pilihan Editor – Kereta Tahun Ini dipilih melalui satu siri sistem pemarkahan di antara editor dan hakim. Panel editor Carlist.my yang berpengalaman akan memilih juara kategori ini dari perspektif dan penilaian mereka.

Peluang menang hadiah bernilai RM30,000!

Jadi inilah masanya untuk anda semua mengundi kereta kegemaran mengikut segmen yang dipertandingkan. Beberapa kereta tempatan seperti Perodua Myvi, Perodua Alza dan Proton Persona turut bersaing bagi menjuarai kategori masing-masing.

Undian telah pun dibuka bermula sekarang sehingga 11 November 2018. Sertai sekarang dan anda berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM30,000 seperti Harman Kardon Omni Bar + Soundbar, A&S Smart 55″ TV, Harman Kardon Aura Plus Speaker, A&S Hurricane – S Wifi Speaker, A&S 300 2.1 Soundbar dan JBL Inspire 300 Sport Headphone.

Senarai penuh pemenang bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Awards akan diumumkan pada 16 November akaun media sosial dan laman web Carlist.my.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×