berita

Undi : Wajarkah Azwan Ali Tersingkir Dari Masterchef Selebriti?

July 4th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tersenyum ada, sedih pun ada selepas membaca sebuah artikel dari rakan media, Rotikaya. Apa tidaknya, Azwan Ali yang baru saja tersingkir dari rancangan realiti, Masterchef Selebriti telah menimbulkan reaksi yang pelbagai dari para penonton dan peminat Masterchef Selebriti.

Menurut Rotikaya, penyingkiran Azwan Ali telah menyebabkan peminat keliru dengan keputusan yang dikeluarkan. Disebabkan ini, terdapat dua kelompok penonton yang telah mempersoalkan keputusan. Bagi para peminat Masterchef Selebriti, mereka merasakan bahawa penyingkiran Azwan Ali adalah tidak wajar kerana dia adalah satu-satunya selebriti yang mampu memeriahkan suasana rancangan tersebut.

Manakala ada satu lagi kelompok peminat yang bersetuju dengan penyingkiran Azwan Ali, kerana bagi mereka Azwan Ali hanyalah seorang yang tahu menimbulkan kekecohan sahaja. Bagi segelintir peminat Masterchef, walaupun Azwan Ali seorang yang dikenali dengan sikap ‘diva’nya, namun mereka mahukan sesuatu yang berlainan dan disebabkan itulah mereka teruskan menonton rancangan Masterchef Selebriti.

Untuk pengetahuan, kumpulan Biru yang dianggotai oleh Azwan Ali telah kalah dalam persaingan dan ini menyebabkan mereka diheret ke pusingan penyingkiran. Dalam pusingan ini, Azwan Ali kalah dalam tugasan menyediakan hidangan bertemakan mee.

Berbalik pada OHBULAN!, kami hanya menonton rancangan ini sekali-sekala dan tidak layak untuk mempersoalkan keputusan juri. Buat para peminat dan penonton setia Masterchef Selebriti, apa kata anda tentukan sendiri layakkah Azwan Ali disingkirkan? Jom undi!

[poll id=”56″]

SKIP THIS AD ×