Kalau korang jenis suka lepak layan drama Korea, main Mobile Legends sampai pagi atau kerja dari rumah yang bergantung 100% pada internet.. Haa kami ada berita baik untuk korang!

Pengalaman internet yang lancar, stabil dan berkualiti kini boleh dinikmati dengan Unifi Mobile — salah satu rangkaian terbaik di Malaysia yang diiktiraf menerusi pelbagai anugerah antarabangsa, sebagai bukti prestasi dan kebolehpercayaannya.

Unifi Mobile Buktikan Kehebatan – Raih Pengiktirafan Dalam Opensignal Awards!

Dalam laporan Opensignal Awards – Malaysia, Mobile Network Experience Report, November 2024, Unifi Mobile berjaya membuktikan kehebatan mereka dengan merangkul beberapa anugerah seperti:

  • Kelajuan Muat Turun 5G No.1 Terpantas di Malaysia 
  • Pengalaman Video Terbaik No.1 di Malaysia 
  • Pengalaman Video 5G Terbaik No.1 di Malaysia
  • Pengalaman Permainan Mudah Alih Terbaik No.1 di Malaysia

Strim Tanpa Buffer & Tiada Lagi Lag Ketika Bermain Game

Untuk kaki Netflix, Disney+ atau YouTube – ini berita gembira: skor Pengalaman Video 5G Unifi Mobile capai 77.7/100, lebih tinggi daripada telco lain. Takde lagi scene tergantung ketika tengah babak menarik!

Unifi Mobile juga menang Pengalaman Permainan Mudah Alih Terbaik, yang bermakna korang boleh enjoy sesi ranked. CODM, PUBG atau MLBB? semuanya smooth je lepas ini!

Promo Gempak, Pilihan Tepat!

Nak lagi padu? Unifi Mobile buatkan lagi senang untuk korang miliki telefon 5G terkini dengan program pemilikan ikut bajet dan keperluan masing-masing. 

Dengan pelan ansuran baharu Unifi EzOwn, korang boleh dapatkan telefon premium seperti Samsung Galaxy S25, Galaxy Z Flip7 | Fold7 dan banyak lagi dengan Pascabayar UNI5G. Bayar bulanan mudah je tanpa memerlukan kad kredit, takde faedah pulak tu!

Cari pelan pascabayar semua dalam satu yang berbaloi? Dapatkan telefon 5G percuma dan data 5G + 4G tanpa had dengan Pascabayar UNI5G serendah RM49/sebulan.

Kalau korang jenis yang suka layan internet 24/7, pelan UNI5G Postpaid 39 bagi data tambahan 200GB hanya RM1. Memang berbaloi gila!

Nak chill? Layan je! Dengan Prabayar UNI5G WOW, korang boleh strim tanpa henti dengan tawaran diskaun untuk Viu, Vidio, iQIYI, Disney+ Hotstar dan macam-macam lagi dari serendah RM8.40/bulan.

Fattah Amin Turun Padang – Korang Sendiri Boleh Try

Unifi Mobile turut menganjurkan street challenge bersama Fattah Amin di Chinatown, Kuala Lumpur. Orang ramai diberi peluang untuk menguji sendiri keupayaan rangkaian Unifi Mobile dengan menonton video, main game dan melakukan ujian kelajuan secara langsung.

Hasilnya? Ramai yang terkejut dan berpuas hati selepas mencuba sendiri. Barulah ramai percaya bahawa rangkaian Unifi Mobile bukan sekadar gimik pemasaran, tapi memang betul-betul padu!

Dah Terbukti Laju, Tak Payah Fikir Panjang – Tukar Je Terus!

Dengan anugerah yang dimenangi untuk kelajuan muat turun 5G terpantas, dan pengalaman gaming bersama video yang tip-top, Unifi Mobile bukan lagi plan ‘backup’ – tapi pilihan utama untuk korang yang mahukan internet mudah alih yang power.

Nak streaming HD? Boleh. Nak download movie saiz besar? Laju gila. Nak main game kompetitif? Takde hal. Betul-betul semuanya boleh!

Unifi Mobile dah buktikan mereka bukan sembarangan. Sekarang masa terbaik untuk korang upgrade ke rangkaian yang terbukti laju dan stabil.

Buat korang yang nak tahu lebih lanjut, boleh klik di SINI.

*Opensignal Awards – Malaysia: Mobile Network Experience Report, November 2024, based on independent analysis of mobile measurements recorded during the period :  Aug 01 – Oct 29, 2024 © 2025 Opensignal Limited.