berita

unifi Nak Sambut Hari PMKS Dengan Menghadiahkan Korang Pakej Percutian, Smart TV dan Banyak Lagi!

June 27th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Mungkin ramai yang tidak tahu Hari Perniagaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) atau Micro, Small and Medium Enterprises Day (SME Day) yang disambut secara meriah di seluruh dunia pada tanggal 27 Jun setiap tahun khusus bagi meraikan semangat keusahawanan dan tanda penghargaan buat usahawan tempatan.

Malah, Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari PMKS sebagai tanda pengiktirafan dan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang sumbangan PKS terhadap ekonomi negara. Orang ramai turut diajak untuk bersama memeriahkan sambutan Hari PMKS dengan memeriahkan penggunaan tanda pagar #BelanjaDiSME.

unifi Business jadikan Hari PMKS 2022 lebih istimewa

Sebagai Rakan Digital Pilihan PMKS, unifi Business mengambil peluang untuk meraikan Hari PMKS pada tahun ini melalui Kempen Hari PMKS 2022 yang mana akan berlansung sehingga 30 Jun nanti menerusi beberapa inisiatif. Paling best sekali mereka tawarkan pelbagai hadiah istimewa buat korang yang gunakan #BelanjaDiSME. Yeass!

Jom muat naik gambar perniagaan PMKS kegemaran korang di Instagram atau Facebook 

unifi Business tawar lebih daripada 100 hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk peserta bertuah yang memuat naik gambar dengan kapsyen paling kreatif tentang perniagaan PMKS kegemaran mereka di laman Instagram atau Facebook dengan menggunakan tanda pagar #BelanjaDiSME.

Hadiah yang disediakan bukan biasa-biasa tau, ada pakej percutian selama 3 hari 2 malam, peranti pintar, baucar membeli-belah dan banyak lagi hadiah menarik menanti korang! Kena cepat tau, tinggal beberapa hari je lagi sebelum kempen ini berakhir. Kalau lambat melepas lah jawabnya..

Tambah ilmu keusahawanan melalui perkongsian daripada barisan peniaga PMKS hebat di Facebook Live dan Astro Awani

Image from unifi (Provided to SAYS)

Buat korang yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pendigitalan perniagaan jangan lepaskan peluang untuk menonton sendiri sesi perkongsian bersama usahawan PMKS menerusi FB Live di laman Facebook unifi Business dan di kaca tv menerusi saluran Astro Awani.

Antara nama hebat yang bakal membarisi sesi perkongsian ini nanti adalah seperti di bawah:

Astro Awani
21 Jun,  8.30 pagi – Saharuddin Ahmad (Mega Laziz Patin Food Industry)
22 Jun, 9 malam – Azizul Julirin (Kundasang Aquafarm)
25 Jun, 10.30 malam – Anne Teo (Hernan Corporation)
27 Jun, at 9 pagi – Joanne Goh (Jazzy Group)

Sembang Bisnes FB Live
23 Jun, 11 pagi – Yasmin Karim (Pops Malaysia)
27 Jun, 3 petang – Nadira Yusoff (Kiddocare)

Unifi menjelajah ke seluruh Malaysia bantu para peniaga capai pendigitalan perniagaan

 

Selari dengan kemodenan teknologi semasa, unifi Business berazam untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pendigitalan perniagaan buat para usahawan terus membangun dan mengembangkan perniagaan mereka.

Yelah macam yang kita tahu, sekarang segalanya di hujung jari. Jadi, dengan pendigitalan ini bukan sahaja memudahkan peniaga untuk berhubung secara terus dengan pelanggan mereka, malah dapat mengembangkan lagi pasaran produk ke seluruh dunia.

Usaha ini juga sejajar dengan tumpuan Kerajaan untuk memperkasakan semula ekonomi kumpulan sasar dan meningkatkan taraf hidup mereka. Bagi melengkapkan proses pendigitalan perniagaan PMKS, unifi dilantik sebagai Rakan Penyedia Perkhidmatan Teknologi (TSP) di bawah Geran Pendigitalan PMKS yang ditawarkan oleh Kerajaan.

Geran Pendigitalan PMKS membolehkan para usahawan menikmati penjimatan sehingga setengah harga!

Di bawah Geran Pendigitalan PMKS, para usahawan mempunyai kebebasan untuk melanggan mana-mana pakej Penyelesaian Perniagaan unifi dengan penjimatan sehingga 50% selama 12 bulan. Haa.. Jimat kos! Memang berbaloi lah, lagi pula untuk usahawan yang baru nak mulakan perniagaan, tak payah pening kepala nak bayar bil.

Sebagai Rakan Digital Pilihan untuk hampir 400,000 PMKS di Malaysia, unifi juga berdedikasi untuk memudahkan urusan perniagaan mereka melalui 3 cara seperti di bawah:

  1. Penyelesaian: 
  • Hab e-Dagang: Urus pelbagai platform dalam talian 
  • Storan awan: Akses dokumen penting dari mana-mana sahaja 
  • Penyelesaian Pemasaran Digital: satu pasukan untuk melakukan aktiviti pemasaran digital bagi mencapai pasaran yang lebih luas 
  • Geran Pendigitalan PMKS 
  1. Sokongan: 
  • Lebih daripada 600 konsultan unifi Business di seluruh negara dan 200 daripadanya diperakui ICDL  (Pensijilan Kemahiran Digital Antarabangsa) 
  • Sudut PMKS di 84 TMpoint seluruh negara 
  • Program kesedaran dan pembelajaran untuk meningkatkan keupayaan pendigitalan PMKS. Cth: Kelas  Digital Tempatan /Jom Bisnes untuk peniaga mikro di Pasar Besar Siti Khadijah dikelolakan menggunakan loghat / bahasa tempatan. 
  1. Komuniti PMKS:  
  • unifi Business Club, komuniti perniagaan atas talian terbesar di Malaysia merupakan sebuah hab sumber yang menyediakan akses kepada teknologi, kewangan dan sokongan ekosistem.

Ayuh bersama tunjukkan kebersamaan kita dalam menyambut Hari PKMS

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama menyokong penuh usahawan tempatan dengan menjadi sebahagian daripada Kempen Hari PMKS 2022!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, korang boleh layari laman web rasmi unifi Business di SINI.

SKIP THIS AD ×