berita

unifi TV Kini Tambah Pelbagai Saluran Baharu Yang Menarik, Termasuk Disney+ Hotstar. Memang Syok!

August 23rd, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

 

Dengan penggunaan internet yang semakin meluas dalam kalangan rakyat Malaysia, syarikat telekomunikasi tampil untuk menawarkan pelan internet dengan pelbagai faedah.

Kadang-kadang tu, kita sampai tak tahu nak pilih yang mana sebab banyak sangat. Sakit kepala bila fikirkan!

Misalnya, unifi TV baru sahaja melancarkan beberapa aplikasi penstriman baharu iaitu, Disney+ Hotstar, beIN SPORTS CONNECT dan SPOTV NOW. Wow!

Jom kita tengok apa yang gempak sangat ni.

unifi TV hanya menawarkan yang terbaik untuk penggunanya!

Macam yang korang tahu, unifi TV telah menambah 9 saluran menarik dan beberapa saluran aplikasi penstriman baharu termasuk Disney+ Hotstar tau.

Kini korang boleh jadikan dunia korang, lebih luar biasa dengan unifi Home, unifi Mobile dan unifi TV  dan nikmati lebih banyak siaran yang lebih menarik.

Lepas ni korang boleh lah akses semua aplikasi dan saluran baharu dari unifi di mana jua korang berada!

Mesti korang nak tahu saluran aplikasi penstriman yang baharu kan? Antaranya ialah :

1. Disney+ Hotstar

Korang mesti tahu yang Disney+ Hotstar, merupakan platform penstriman khusus untuk filem-filem antarabangsa dan drama bersiri tempatan yang sangat menarik kan?

Kini Disney+ Hotstar akan disertakan dalam unifi TV Pek Ultimate tanpa kos tambahan. Korang cuma perlu pastikan yang pek korang tu aktif je.

Untuk pelanggan baharu unifi Home yang nak internet 100Mbps sahaja tanpa Pek Ultimate, korang akan menikmati akses percuma Disney+ Hotstar  selama enam bulan.

Pelanggan yang telah melanggan Pek Varnam Plus, Aneka Plus dan Ruby Plus boleh menambah Disney+ Hotstar dengan hanya RM16.00/bulan. Memang takde lagi ‘provider’ lain boleh bagi harga ni!

Macam mana kalau korang ada unifi Home tapi tak langgan Pek unifi TV? Jangan risau, korang masih boleh menambah Disney+ Hotstar dengan hanya RM54.90 selama 3 bulan dengan kemudahan membayar melalui satu bil unifi sahaja.

Memamg enjoy lah lepas ni korang tonton movie dan drama jiwang ya!

2. SPOTV NOW

Untuk korang yang sukakan siaran sukan tu, SPOTV NOW memang untuk korang. Nak tahu sebab apa? Korang boleh menikmati pelbagai siaran yang dipilih secara eksklusif untuk acara sukan terkemuka Asia dan antarabangsa tau.

SPOTV NOW kini tersedia dan yang paling penting percuma untuk semua pelanggan Pek Ultimate sahaja.

3. beIN SPORTS 1, beIN SPORTS 3, beIN SPORTS 4 dan beIN SPORTS CONNECT

Berita baik untuk kaki bola sepak diluar sana, kini korang bakal menyaksikan siaran langsung bola sepak Eropah dari Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa UEFA, LaLiga, Ligue 1 dan banyak lagi di siaran baharu unifi ini. Confirm syok!

Kalau korang pelanggan Pek Ultimate, korang juga boleh menyaksikan perlawanan ini di aplikasi beIN SPORTS CONNECT. Boleh tonton semua perlawanan secara langsung atau nak tonton semula secara ‘on demand’ pun boleh.

beIN SPORTS 4 akan diberikan secara PERCUMA bermula 13 Ogos 2022 dan korang boleh menikmati lebih banyak perlawanan liga Eropah melalui saluran ini.

Semua saluran beIN SPORTS dan aplikasi beIN SPORTS CONNECT ni adalah percuma dan termasuk dalam langganan Pek Ultimate sahaja tau.

Korang boleh klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pek langganan yang sedia ada. Apa yang korang nak semua ada dengan Unifi TV ni, baru betul segalanya berada dihujung jari.

Ada berita baik untuk semua peminat Kollywood!

unifi TV kini melancarkan 3 saluran baharu dan salah satunya ialah ZEE Thira yang akan menyajikan korang dengan filem-filem Kollywood menarik dan juga terbaru untuk korang tonton bersama keluarga di rumah!

Saluran ini menawarkan filem Kollywood terhangat dengan lebih 400 filem menarik untuk korang pilih. Bukan setakat itu je, ada juga saluran kanak-kanak yang paling popular di India iaitu Sony YAY khas untuk kanak-kanak lingkungan umur 3-12 tahun!

Selain itu, saluran India WION atau singkatan untuk The World is One News ini membolehkan korang menonton berita di seluruh dunia dan tempatan yang dilaporkan dalam bahasa Inggeris, tetapi dari perspektif India. Ngam tak ngam?

Nikmati pelbagai siaran menarik sekarang!

Mesti korang excited kan? Korang hanya perlu melanggan unifi Home Pek Ultimate untuk menikmati semua saluran dan aplikasi penstriman tanpa ada kos tambahan. Baru betul istilah, ‘unifi jadikan dunia korang luar biasa’!

Bermula dengan hanya bermula serendah RM2 sehari, unifi menawarkan pelbagai kandungan komprehensif yang confirm korang nak tonton, dan jumlah keseluruhannya hanya RM60/bulan.

Macam-macam ada di unifi TV Pek Ultimate ni tau, cakap je nak tonton K-Drama, sukan, berita terkini, siaran untuk kanak-kanak, rancangan tempatan atau sebagainya. Semua ada!

Antara tawaran yang unifi TV Pek Ultimate tawarkan ialah :

  • Akses percuma selama 90 hari ke aplikasi Lionsgate Play dari sekarang hingga 12 Oktober 2022
  • Diskaun istimewa untuk aplikasi penstriman tambahan serendah hanya RM5
  • Semua pelanggan unifi Home baharu bakal menerima Android TV Box terbaharu dan unifi Plus Box

Langgan unifi pun boleh menang hadiah bernilai RM425,000!

Biar betul, langgan unifi pun boleh dapat hadiah bernilai RM425,000? Korang hanya perlu mendaftar je, jadi tunggu apa lagi cepat daftar sekarang!

Bukan setakat itu je, korang pun boleh menang telefon pintar percuma dan banyak lagi. Haa…amacam?

Caranya mudah je, korang hanya perlu melanggan unifi secara atas talian dan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam peraduan Spin & Win ni tau. Peraduan ini sah sehingga 31 Oktober 2022 nanti.

Korang tak nak ke menang baucer Shopee yang bernilai sehingga RM200 atau telefon pintar Samsung 5G? Haa…kalau nak cepat daftar sekarang!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi unifi atau ke Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×