berita

Untuk Memastikan Melodi Dapat Sentuhan Baru, Ajak & Janna Nick Pengacara Baru Melodi

January 5th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, tahun 2017 merupakan tahun yang terakhir buat Awal Ashaari sebagai pengacara Melodi. Setelah 6 tahun bergiat aktif dalam Melodi, akhirnya Awal menarik diri bagi memberi ruang kepada pengacara baru. Ramai yang tertanya-tanya siapa bakal menggantikan Awal pada tahun ini.

Menerusi Harian Metro, Ajak Shiro dan Janna Nick bakal menggantikan Awal Ashaari. Ramai juga tidak sabar menunggu gelagat dua orang ini. Mesti happening kan? Sama-sama kita saksikan..

Yakin Janna dan Ajak mampu menarik perhatian netizen

Bukan mudah bagi kami menentukan barisan pengacara baharu Melodi yang sudah menjadi jenama yang kukuh dalam hati penonton. Untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan tren terkini, kami yakin Janna mampu menarik lebih ramai penonton muda.

Ajak pula berpotensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan untuk bekerjasama dengannya.

Melodi yang menemui penonton setiap Ahad, dilanjutkan durasi dengan beberapa segmen baharu yang membincangkan isu viral dan topik hangat diperkatakan peminat.

Segmen baru

Melodi juga akan memperkenalkan tiga segmen baharu iaitu Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin selain menyampaikan berita sensasi dunia hiburan. Kami berharap program infotainment popular ini akan menceriakan hari Ahad penonton dengan isu sensasi artis tempatan dan luar negara.

Lebih menarik, netizen menjadi sebahagian daripada program ini di mana segala pandangan mereka dikupas melalui segmen Kecoh Netizen. Segmen ini akan menjadi platform bagi artis melakukan kebajikan seperti bertemu kanak-kanak istimewa dan memenuhi impian mereka.

Dalam segmen Cerita Sini, Habis Sini pula, Melodi akan menjemput artis kontroversi menjelaskan hal sebenar. Melodi adalah program terbitan Primeworks Studios dan diterajui Jamil Hassan sebagai Penerbit Eksekutif manakala Michelle Wee sebagai Penerbit.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tv3.com.my

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×