

Perkongsian terbaharu anak kepada pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Raya, Netizen Dakwa Marissa Dania Semakin Berisi? – ‘Hamil Kah?’
Artikel Berkaitan: Marissa Dania Selar Netizen Tegur Salah Guna Perkataan Bahasa Inggeris – ‘Mind Your Own Life’
Perkongsian Marissa

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Marissa atau nama lengkapnya Marissa Dania Hakim memuat naik sekeping foto dirinya di hadapan cermin.
Namun yang menarik perhatian adalah kata-kata yang ditulis Marissa pada hantaran tersebut.
Untuk sekarang, rangkul yang mahu sejalan.
Selebihnya hati-hati di jalan.
Nasihat netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan nasihat positif kepada Marissa dan memintanya untuk tabah menjalani ujian hidup.
Tak mengapa, apa yang pernah jadi tu sekarang awak cari kebahagiaan awak, awak layak untuk dapatkannya.
Awak anak baik, moga suatu hari nanti orang akan nampak.
Lepas ini jangan silap langkah lagi, selidik sehabis baik dan selitkan ibu bapa sekali bila buat keputusan. Jadikan pengajaran, ramai sayang awak.
Tersalah langkah itu biasa, atur semula langkah baru insya-Allah ada sinar di hadapan sana.
Tiada apa yang perlu disesalkan, semuanya adalah pengalaman. Pahit manisnya kita sendiri tahu.
Untuk rekod, Marissa menjadi isteri kedua kepada pilihan hatinya, Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Sumber: TikTok Marissa Dania








