berita

“Untuk Tiga Hari” Sanggupkah Korbankan Kebahagiaan Seketika?

September 20th, 2012 | by Ai
Shout Out!

Bagi anda yang sememangnya pencinta dan peminat novel dan filem-filem tempatan, semestinya tidak sabar untuk menonton filem berjudul “Untuk Tiga Hari” arahan pengarah terkenal Afdlin Shauki. Filem yang diadaptasi daripada salah sebuah novel terlaris tulisan Ahadiat Akashah ini pasti menjanjikan kepuasan yang hebat buat semua penontonnya.

Menerusi barisan pelakon-pelakon yang hebat dan berpengalaman seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah dan Afdlin Shauki sendiri, OHBULAN! pasti filem ini mampu memberikan impak yang mendalam kepada setiap penonton.

Disamping itu, menerusi kejayaan dan sambutan hebat penonton untuk filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan yang lalu, tidak hairanlah sekiranya filem Untuk Tiga Hari ini juga mampu mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan peminat filem tempatan.

Oleh itu, jangan lupa untuk menonton filem “Untuk Tiga Hari” ini di pawagam-pawagam berhampiran mulai 20 September 2012. Pastikan anda adalah orang pertama yang menonton filem ini dan bawalah orang tersayang menonton bersama agar aura romantik dapat diwujudkan dalam perhubungan anda.

Hargai orang yang berada di samping kita dan jangan mempersendakan jodoh demi kepentingan diri sendiri.

Jom lihat trailer filem “Untuk Tiga Hari”. Pasti lepas ini anda tidak sabar untuk menonton tayangannya di pawagam!

SKIP THIS AD ×