berita

Upah Simpan Emas Serendah 60 Sen Je? Dengan Co-opbank Pertama Semuanya Boleh!

October 30th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Kewangan & Pelaburan

Macam yang korang tahu, dekat Malaysia banyak bank yang disediakan untuk memudahkan urusan korang dan ia bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu bank itu sendiri.

Di kebanyakkan bank, kita boleh membuat simpanan, pelaburan, pinjaman dan sebagainya. Oh, kalau korang nak tahu, ada satu lagi kat Malaysia ni yang wujud. Bank apa tu? Haa… jangan terkejut pulak eh. 

Co-opbank Pertama, tawar pelbagai perkhidmatan

Co-opbank Pertama (CBP) ditubuhkan sejak 70 tahun lalu iaitu pada 7 Jun 1950. CBP merupakan koperasi pertama di Malaysia yang dinaiktaraf sebagai co-opbank atau bank koperasi pada tahun 2014.

Tahu tak sebenarnya CBP dan bank komersial menawarkan produk yang sama! CBP menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan yang patuh syariah seperti Akaun Simpanan i-Salam, Pembiayaan peribadi-i, Pembiayaan perumahan/hartanah-i, Perkhidmatan Ar-Rahnu dan penulisan wasiat dan Bancatakaful.

26 cawangan di seluruh Malaysia!

Selain itu, CBP juga menawarkan pembiayaan perniagaan kepada sektor koperasi dan korporat, Ejen Perbankan dan Bank Bergerak.

Ia mempunyai 26 cawangan di Malaysia yang beroperasi setiap hari kecuali cuti umum bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Ada perkhidmatan Ar-Rahnu & boleh cuci emas free je?

Eh, korang pernah dengar tak perkhidmatan Ar-Rahnu? Haa.. CBP juga menawarkan perkhidmatan ini di semua cawangan mereka dan korang juga boleh cuci emas secara percuma tau! Kadar upah simpan juga serendah RM0.60 je sehari. Murah kan?

Kadar pembiayaan maksima Ar-Rahnu juga tinggi iaitu RM200,000 dengan jumlah pembiayaan sehingga 75% dari nilai emas. Jangan risau kalau dapat duit yang banyak sebab letak emas di Ar-Rahnu CBP ni, sebab duit yang pelanggan terima boleh terus deposit ke akaun simpanan CBP.

Harga emas harian yang CBP tawarkan pun sangat kompetitif. Best kan? Rugilah kalau korang tak cuba!

Semua jenis wafer atau gold bar pun boleh!

Korang rasa macam mana? Senang kan bila perkhidmatan Ar-Rahnu dan urusan perbankan boleh dibuat di satu tempat yang sama. Lebih mudah, tak buang masa dan paling penting sekali, selamat!

Paling best, semua produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh CBP adalah 100% patuh Syariah. So, korang tak perlu rasa was-was lagi. CBP juga terima semua jenis wafer atau gold bar yang mempunyai sijil pengesahan ketulenan.

Tunggu apa lagi? Jom daftar sekarang!

Memandangkan CBP ialah sistem perbankan dan perkhidmatan yang mudah, korang boleh je terus mendaftar secara online di SINI kalau korang sibuk dengan urusan kerja dan tak sempat untuk ke cawangan CBP.

Lepas itu, tunggu je pihak CBP contact korang untuk urusan seterusnya. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari Co-opbank Pertama atau hubungi 1-300-88-7650. Nak lebih senang, muat turun je aplikasi myCBP di App Store atau Play Store sekarang!

×