Nama Fynn Jamal sekali lagi trending di laman Twitter gara-gara luahan dan pandangannya berhubung isu rogol yang terjadi dalam kalangan remaja. Pandangan Fynn Jamal itu bagaimanapun telah mengundang kemarahan netizen.
‘Jenis perempuan macam kau, orang lain jadi mangsa’
Baru-baru ini, netizen meminta pandangan Fynn Jamal mengenai isu rogol dalam sering terjadi dalam kalangan remaja terutamanya wanita yang menjadi mangsa. Fynn Jamal bagaimanapun menerusi IG Stories respon kepada soalan tersebut.
Pada pandangannya, tindakan wanita yang memuat naik gambar cantik dan comel di media sosial boleh mengundang kepada nafsu lelaki.
‘Kau sendiri membodohkan diri sendiri’
Tambahnya, gambar yang dimuat naik wanita di laman sosial sebagai salah satu punca gejala ini berlaku. Sepatutnya, wanita perlu melihat diri sendiri terlebih dahulu, bagaimana dengan penampilan mereka di umum.
‘Isteri perlu standby kalau…’
Netizen lebih berang apabila Fynn didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan kepada para isteri supaya ‘bersedia’ jika si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah mereka. Perkongsian Fynn Jamal itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Sumber: Fynn Jamal