Foto: Eyka Farhana
Pelakon cantik Eyka Farhana sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila foto terbaru yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya dituduh terlalu seksi!
Artikel Berkaitan: Selepas Budak Tebing, Aedy Ashraf & Eyka Farhana Kembali Dalam Drama Terbaru TV3!
Artikel Berkaitan: Penampilan Eyka Farhana Di KLFW2021 Curi Tumpuan, Peminat Dakwa Ada Iras Fazura
Tolong hormat bulan puasa
Foto: Eyka Farhana
Difahamkan Pelakon Bila Hati Memilih Dia itu berkongsi foto tersebut bagi mempromosikan beg tangan sebuah jenama antarabangsa. Namun, baju yang digayakan dikatakan terlalu seksi dan mencolok mata.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa orang pengguna IG meninggalkan pesanan supaya pelakon cilik ini memakai pakaian yang bersesuaian dan menghormati bulan Ramadan.
Janganlah post seksi macam tu.
Sehingga artikel ini ditulis, foto berkenaan sudah mencecah 20 ribu tanda suka dan dilihat Eyka tidak memberi sebarang respon terhadap semua komen negatif tersebut.
Puasa kak puasa
Sumber: Eyka Farhana