berita

Upload Gambar Simbol ‘Segitiga’ Di IG, Netizen Minta Penjelasan Mimi Lana – ‘Sebab Tu Cepat Glamour’

September 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Instagram, pelakon, Mimi Lana memuat naik beberapa keping foto berpakaian serba hitam. Foto yang dimuat naik tersebut telah mencuri perhatian warganet apabila salah satu ‘posing’ yang dilakukan oleh Mimi Lana didakwa menyerupai simbol iluminati.

Macam buat lambang?

Seperti selebriti yang lain, Mimi Lana turut berkongsi perkembangan kerjaya seninya kepada para peminat di media sosial. Pada masa yang sama, pelakon filem ‘Pusaka’ ini turut memuat naik foto mengenai imej terbarunya. Menerusi posting terbaru di Instagram, Mimi yang mengenakan busana serba serbi hitam itu membuat lambang segitiga menggunakan tangannya di bahagian mata.

Rata-rata netizen memenuhi ruangan komen Mimi Lana dan meminta pelakon tersebut untuk memadam foto berkenaan. Ini kerana, foto tersebut tidak sesuai untuk tatapan umum khususnya mereka yang di bawah umur.

Sebab tu cepat ‘glamour’

Susulan daripada itu, Mimi Lana dilihat membalas komen salah seorang netizen yang mendakwa dirinya mudah ‘glamour’ selepas memuat naik foto begitu. Ujar Mimi Lana, netizen zaman sekarang mempunyai pelbagai jenis perangai dan ragam. Oleh itu, dia hanya mampu membalas komen tersebut dengan meletakkan emoji ‘terhibur’ sahaja.

Sumber: Mimi Lana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×