Tindakan penyanyi rap, Caprice memuat naik gambar ‘iblis’ berserta kapsyen yang ditulis di posting Instagram telah menimbulkan persoalan ramai. Rara-rata daripada netizen tertanya-tanya kepada siapakah posting itu ditujukan dan apakah mesej tersirat serta tersurat yang ingin disampaikan Caprice.
Artikel Berkaitan: ‘Siap Sedia Untuk Kebenaran Malaysia, Masanya Hampir Tiba’ – Caprice
Hari ini, Caprice telah membuka mulut memberi respon berhubung perkongsian tersebut.
‘Saya cuma bagi hint…’
Berdasarkan video pendek yang dikongsikan Caprice di Instagram, dia tidak sangka tindakannya memuat naik gambar ‘iblis’ telah menarik perhatian ramai termasuklah netizen dan juga para media. Jelasnya lagi, akhir zaman sudah tertulis dalam Al-Quran namun dia hanya memberi ‘hint’ sahaja tentang apa yang akan berlaku kelak.
Bercakap mengenai perkara itu, Caprice seakan mempersoalkan mengapa orang ramai membesarkan isu tentang posting gambar ‘iblis’ itu sedangkan banyak lagi perkara yang boleh diviralkan.
Upload gambar syaitan, satu Malaysia kecoh. Media-media semua pick up, oh Caprice upload gambar syaitan. Listen guys, akhir zaman is all written in Al-Quran. I’m just giving you guys a hint for what going happen.
Kenapa nak terkejut, it is already written. Upload gambar syaitan satu Malaysia kecoh, tapi beribu-ribu gambar perempuan tak tutup aurat kenapa tak viral pula, tak kecoh pun. Am i the one crazy Malaysia with you?
‘Kebenaran akan terungkai dengan sendirinya’
Sementara itu, menerusi video di InstaStory Caprice, penyanyi ini memaklumkan dia agak terkilan dengan segelintir individu yang mendakwa dirinya mempunyai masalah mental. Namun, Caprice menegaskan dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan sejak lima hari lalu, dia berasa sangat tenang.
Saya sedar kesilapan saya ketika beremosi. Untuk pastikan saya okay, saya sentiasa berzikir, membaca buku The Fortress Of The Muslim dan sekurang-kurangnya satu bab berkenaan kehidupan Nabi Muhammad SAW. Semua ini untuk mengingatkan diri tentang tujuan saya ke sini dan InsyaAllah saya akan okay. Alhamdulillah, saya okay.
Caprice juga mengakui setiap hari dia akan rujuk kepada seorang atau dua orang ustaz dari Malaysia tentang perasaannya, apa yang dilalui dan berhubung perancangannya. Selain ustaz, dia juga sering berkongsi segalanya kepada rakan kongsi dan ibu tersayang.
Alhamdulillah tiada siapa yang panggil saya gila lagi dan mereka menasihatkan saya agar teruskan misi. Tiada yang mengarahkan saya pulang ke Malaysia.
Jadi Malaysia, saya okay. Terima kasih atas keprihatinan anda. Yang sindir, maki dan caci saya, InsyaAllah kebenaran akan terungkai dengan sendirinya. Tiada apa yang ingin saya sembunyikan. Saya okay dan tenang.
Video Caprice
View this post on Instagram
Sumber: Caprice