Foto: Tangkap layar video
Walaupun memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di bangku sekolah, perkara tersebut sama sekali tidak dijadikan penghalang buat pemuda ini untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Pelajar cemerlang di sekolah
Foto: Tangkap layar video
Seperti perkongsian seorang pemuda dikenali sebagai Danial Rohaizat menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok, menceritakan keputusan peperiksaan yang diperoleh olehnya.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 5A, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 9A, Sijil Pelajaran Malaysia (8A), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 3.58.
Walaupun, memperoleh keputusan cemerlang bermula daripada bangku sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah namun, perkara tersebut tidak dijadikan penghalang buat dirinya dalam mencari rezeki yang halal. Ujar pemuda ini lagi, di saat rakan-rakannya yang lain berada di rumah menanti keputusan STPM namun, tidak bagi dirinya yang mahu berdikari.
Aku gagahkan diri mencari rezeki. Kerja apa pun aku sanggup asalkan tak menyusahkan mak bapak.
Bercerita lebih lanjut, pemuda ini turut bercita-cita tinggi untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buat pemuda ini untuk terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.
Semoga Allah makbulkan doa aku. Aku nak sambung degree. Doakan aku guys!
Video penuh:
@danial_roiTak ikut trend awal tak nak fyp. ##abangguard? BARB MIX 2 – Baby Q?
@danial_roi##GreenScreenScan ##spm##fyp? ##danroi ##gilapips ##rtc_aki ##try_rtc? Sure Thing (cover version) – spin???
@danial_roiNak Nangis ##fyp ##gilapips ##danroi ##fyp?? Kiss the Rain – Yiruma
Pengalaman tu berharga!
Sumber: Danial Rohaizat