berita

Uqasha Senrose Tak Bencikan Pekin, Mahu Mulakan Hidup Baru

July 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

uqasha-senrose-berhijab

Rasanya semua orang pun dah tahu mengenai kisah percintaan pelakon jelita, Uqasha Senrose dan Pekin yang terputus ditengah jalan kan?

Tak lama lepas tu, Uqasha dikatakan bercinta dengan pelakon lelaki yang kian meningkat naik iaitu Syafiq Kyle. Namun, ia hanya desas-desus sahaja, tak confirm pun lagi. Hehe.

Bagaimanapun, menerusi laporan Berita Harian, Uqasha menjelaskan dia mahu menutup buku mengenai hubungannya dengan Pekin dan mulakan lembaran baru dalam kehidupannya.

Screen Shot 2014-07-22 at 12.32.00 PM

Bagaimanapun menurut gadis ini, walaupun sejak hubungan mereka berakhir mereka tak lagi berhubung antara satu sama lain, Uqasha tidak akan menolak.

Rasanya tak ada apa yang mahu diungkitkan lagi. Kami sudah berpisah dan segala-galanya tinggal sejarah. Apabila saya berkata begini, bukanlah kerana saya bencikan Pekin, cuma saya mahu memulakan hidup baru, itu sahaja.

Jika tawaran itu sesuai, tak salah rasanya. Bagaimanapun, adakah tawaran seperti itu datang?

Tak apalah Uqasha, jangan dikenang perkara yang lepas. Kalau benar Uqasha boleh bekerjasama dengan Pekin, apa salahnya mencuba kan?

P/S: Buang yang keruh ambil yang jernih

Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose

SKIP THIS AD ×