berita

URUS Bantu Peminjam Bank Yang Berdepan Masalah Kewangan Akibat COVID-19!

November 29th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Kita tahu ramai individu yang terjejas sepanjang tempoh pandemik ni. Tak kira golongan bekerja atau meniaga sama-sama terkesan dari segi pendapatan.

Tambah lagi buat mereka yang mempunyai sebarang pinjaman dengan pihak bank, memang pening kepala dibuatnya kan? Tapi jangan risau sebab bantuan untuk peminjam yang mengalami masalah pendapatan berpanjangan akibat COVID-19 masih ada dan tak pernah berhenti tau!

URUS boleh bantu korang!

Baru-baru ni, Bank Negara memperkenalkan pelan holistik Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) bertujuan untuk membantu peminjam dalam golongan B50.

URUS menawarkan bantuan bayaran balik dan sokongan pembangunan ketahanan kewangan yang HOLISTIK, merangkumi pelan kewangan peribadi, program pendidikan kewangan serta peluang untuk menambah pendapatan dan mendapatkan sokongan lain melalui rujukan kepada Jaringan Sinergi Sosial.

Jaringan Sinergi Sosial adalah usaha sama pelbagai agensi yang menyediakan peluang pekerjaan, bantuan kewangan, latihan digital serta platform perniagaan, pembiayaan perniagaan, latihan peningkatan kemahiran, pemahiran semula termasuk bantuan sokongan emosi dan nasihat.  

Jenis pinjaman dan mereka yang layak memohon URUS

Antara pinjaman yang layak di bawah URUS adalah pinjaman perumahan, kenderaan dan pinjaman peribadi termasuk pembiayaan ASB serta pembiayaan pendidikan.

Jadi siapa yang boleh memohon URUS ni? Haa.. jika korang termasuk dalam kategori dibawah bermakna korang layak okay!

URUS terbuka kepada peminjam B50 yang memenuhi semua kriteria berikut semasa tarikh  permohonan: 

  • Mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM5,880;
  • Kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan sekurang kurangnya 50%;
  • Pinjaman/pembiayaan telah pun berada di bawah program bantuan bayaran balik sedia ada (seperti Bantuan Bayaran Balik Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan semula oleh bank dsb) pada 30 September 2021;  dan
  • Pinjaman/pembiayaan tanpa tunggakan melebihi 90 hari pada tarikh permohonan  URUS.

Bantuan yang bakal diterima peminjam adalah seperti berikut:

Setiap permohonan yang layak menerima pengecualian faedah selama 3 bulan juga layak mendapat manfaat daripada pelan kewangan peribadi yang disediakan secara percuma di bawah pakej bantuan URUS.

Proses permohonan URUS

Proses permohonan untuk URUS telah pun dibuka dan boleh dibuat sehingga 31 Januari 2022. Pemohon perlu terus ke bank di mana mereka mempunyai pinjaman yang berada di bawah program bantuan bayaran balik dan mengisi borang permohonan URUS di sana.

Buat peminjam yang mempunyai pinjaman daripada beberapa bank berbeza pula, mereka perlu memohon dengan mengisi borang permohonan URUS melalui salah satu bank dimana mereka mempunyai pinjaman dan pinjaman tersebut haruslah berada di bawah program bantuan bayaran balik.

Pemohon dinasihatkan agar menyenaraikan semua pinjaman dengan bank-bank mereka mereka semasa permohonan bagi memudahkan urusan pembentukkan pelan bantuan bayaran balik yang bersesuaian berdasarkan kemampuan peminjam.

Anda hanya perlu mengemukakan dokumen mudah yang menunjukkan pendapatan semasa atau status pekerjaan anda, contohnya penyata bank, borang cukai pendapatan, penyata KWSP, slip gaji/baucar bayaran, ataupun surat pemberhentian kerja.

Dokumen ini mestilah dokumen terkini yang menunjukkan pendapatan semasa atau status pekerjaan pemohon.  

Jika tiada, rujuk bank untuk mengetahui dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti kelayakan. 

Sebaik sahaja pemohon selesai melakukan proses permohonan, pihak bank akan terus memaklumkan pemohon dengan kadar yang segera bahawa permohonan telah diterima. Sekiranya pemohon layak untuk URUS, AKPK akan menghubungi pemohon dalam masa 10 hari bekerja melalui emel.

Pemohon disarankan untuk berbincang dengan pihak bank anda jika tidak layak menyertai URUS untuk mendapatkan bantuan balik pinjaman yang sesuai dengan keperluan dan keadaan kewangan anda.

Atau hubungi AKPK untuk khidmat nasihat dan bantuan di bawah pelbagai program AKPK yang sedia ada untuk isi rumah dan PKS seperti:

  • Program Pengurusan Kredit (PPK)
  • Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK)
  • Skim Sokongan Ketahanan Kewangan (FIRST)

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai URUS, korang boleh layari laman  AKPK, ABM or AIBIM.

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan bank anda, anda juga boleh menghubungi BNM di sini.

SKIP THIS AD ×