
Pelakon, Aprena Manrose mendedahkan pernah berusaha untuk memperbaiki hubungan bersama bekas suaminya, Mohd Afiq Hazman ketika masih dalam tempoh idah namun perkahwinan itu tetap tidak dapat diselamatkan.
Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Umum Sudah Bercerai – ‘Semoga Berbahagia’
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Terserempak Dengan Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Wanita ‘Free Hair’
Syukur urusan dimudahkan

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama penuh Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, bagaimanapun lega apabila urusan perceraiannya berjalan lancar.
Malah, Aprena turut mengakui telah menemui ketenangan disebalik ujian yang dihadapinya.
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Proses perceraian berjalan lancar dan tempoh idah juga berlalu dengan baik.
Sudah tentu perasaan sedih itu ada, namun ia adalah sebahagian daripada proses.
Dalam tempoh idah, ada juga usaha untuk berbaik semula. Namun, apabila ketentuan sudah ditetapkan, kita perlu reda.
Saya banyak mendekatkan diri kepada Allah.
Saya berkesempatan menunaikan umrah dan istiqamah melakukan solat tahajjud selama lebih empat bulan.
Mungkin daripada situ saya memperoleh kekuatan.
Aprena berkata demikian ketika ditemui pada majlis ilmu Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Temui Cahaya yang berlangsung di MATRADE, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Bercerita lanjut, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu berkata menghadiri majlis ilmu juga menjadi antara usahanya untuk menenangkan hati serta memperkukuh keimanan.
Majlis ilmu membantu saya untuk menenangkan diri dan menguatkan iman.
Sebagai seorang wanita, jika kita tidak mengisi masa dengan perkara bermanfaat seperti pengisian agama, kita mudah dibuai perasaan.
Sebab itu, setiap kali berdepan tekanan atau rasa sedih, saya akan cuba mengisi masa dengan menghadiri majlis ilmu.
Sekadar info, Aprena dan bekas suaminya, Mohd Afiq Hazman sah bercerai pada Jun lalu selepas sembilan tahun berkahwin.








