berita

Usahawan Kosmetik, Suami Mengaku Tak Bersalah Pukul Anak Hingga Cedera

June 17th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Usahawan kosmetik dan suaminya telah didakwa hari ini atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya yang berumur 16 tahun itu pada Isnin lalu di Pasir Mas, Kelantan.

Artikel berkaitan : ‘Mama Ambil Kayu Hoki Nak Pukul Saya’ – Anak Usahawan Kosmetik Dedah Cerita Sebenar Dipukul

Artikel berkaitan : Usahawan Kosmetik Didakwa Pukul Anak, Tak Puas Hati Status WhatsApp Pasal Harta

Sebelum ini, kisah seorang gadis yang didakwa telah dikasari oleh ibunya serta bapa tirinya itu menjadi perbualan hangat netizen dan puncanya adalah disebabkan anaknya memuat naik status WhatsApp mengenai harta.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah

Sekadar gambar hiasan

Eka Ekora atau nama penuhnya Nurul Atikah Hanafi bersama suaminya, Mohd Hairie Razali mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Usahawan kosmetik berkenaan bersama suaminya juga didakwa kerana telah menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya sehingga mengalami bengkak pada bahagian kiri kepala, luka pada pipi serta lebam pada anggota badan anaknya itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh mengandung lima bulan

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hakimie Ab Hadi dikatakan tidak menawar sebarang jaminan terhadap pasangan berkenaan, namun peguam tertuduh memohon supaya memberi anak guamnya jaminan dengan kadar minimum kerana usahwan berkenaan sedang mengandung lima bulan.

Mereka memberi kerjasama dengan baik apabila menyerah diri kepada polis dan tinggal di Pasir Mas.

Mahkamah telah menetapkan bahawa kedua-dua tertuduh hanya perlu diikat jamin sebanyak RM9,000 seorang serta seorang penjamin.

Tambahnya lagi, pasangan berkenaan perlu melaporkan diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan dan majistret telah menetapkan bahawa 18 Ogos untuk sebutan semula kes berkenaan.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×