
Usanita Sdn Bhd sekali lagi menunjukkan komitmennya dalam memberi impak sosial apabila melancarkan Program “Usanita: Affiliate Wanita Berjaya”.
Inisiatif keusahawanan digital ini khas untuk wanita asnaf di Selangor dan Wilayah Persekutuan, membuka peluang mereka untuk maju dan berjaya dalam dunia perniagaan secara digital
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Dilantik Jadi Penasihat Saluran UTV Usanita Entertainment, Buka Ruang Bakat Tempatan Berkarya
Artikel Berkaitan: Rossa Jadi Selebriti Pertama Usanita Entertainment, Tampil Episod Istimewa ‘Talk Show’ Bersama Awal Ashaari
Untuk wanita

Menariknya program ini membuka ruang kepada suri rumah, wanita yang tidak bekerja, dan anak perempuan asnaf untuk mempelajari kemahiran pemasaran digital sambil menjana pendapatan melalui model perniagaan affiliate yang mudah diikuti.
Program ini menetapkan sasaran iaitu setiap peserta perlu menjana pendapatan minumum RM300 sebulan selain mencapai simpanan pertama berjumlah RM1,000 sebelum program tamat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Datuk Adzliana Prof. Dato’ Sri Dr Hasan, inisiatif ini lahir daripada hasrat untuk memperkukuh peluang ekonomi bagi wanita asnaf, membolehkan mereka berdiri teguh dan berdikari.
Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dan berbesar hati memperkenalkan Usanita: Affiliate Wanita Berjaya, sebuah program pembangunan keusahawanan digital yang ditaja sepenuhnya untuk wanita asnaf di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Program ini dirangka khusus bagi memberi peluang kepada para suri rumah, wanita tidak bekerja dan anak-anak perempuan asnaf untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform dalam talian.
Beliau menjelaskan, daripada pengalaman Usanita membantu usahawan B40 dan M40 sebelum ini, modul pembelajaran kini diperbaiki supaya setiap peserta boleh dapat manfaat sepenuhnya.
Usanita sendiri sudah lama menjalankan program perintis yang memberi tumpuan kepada penjenamaan dan pendigitalan.
Pengalaman ini membolehkan kami menambah baik pendekatan bimbingan, serta memastikan setiap peserta mendapat manfaat yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.
Sokongan kepada kaum Hawa

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang hadir menyempurnakan pelancaran tersebut melihat program berkenaan mampu memberi masa depan yang cerah untuk para peserta.
Program Usanita: Affiliate Wanita Berjaya ialah sebuah inisiatif berimpak tinggi hasil kerjasama strategik antara Usanita Sdn Bhd dan Maybank Islamic.
Ia mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa wanita agar mereka dapat membina masa depan yang lebih stabil, berdikari dan berdaya saing.
Tambah beliau lagi, latihan praktikal yang disediakan oleh Usanita sejajar dengan perkembangan ekonomi digital dan sangat sesuai dengan kemahiran kaum Hawa dalam menguasai pendapatan daripada platform berkenaan.
Dalam era digital masa kini, peluang menjana pendapatan semakin fleksibel dan tidak lagi terhad kepada kaedah tradisional. Wanita kini mampu mengambil bahagian dalam ekonomi digital hanya dari rumah melalui penggunaan teknologi dan platform dalam talian
Pendekatan seperti pemasaran affiliate bukan sahaja membuka ruang pendapatan baharu, malah membantu mewujudkan aliran pendapatan yang lebih stabil dan mapan untuk keluarga asnaf.
Untuk info, program ini dijalankan dengan kerjasama strategik Maybank Islamic dan memberi peluang kepada peserta menjana pendapatan dari rumah melalui platform e-dagang seperti TikTok Shop dan Shopee tanpa memerlukan modal permulaan.
Pelaksanaan program ini yang dijangka bermula awal tahun depan menjadi satu lagi batu loncatan penting dalam misi Usanita memperkasa wanita secara kolektif, sekali gus menyokong usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui ilmu, kemahiran dan akses kepada peluang ekonomi digital yang lebih inklusif.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)