berita

Usia 93 Tahun Masih Gagah Kemudi Negara. Ni Rahsia Pemakanan Tun M Yang Korang Boleh Try!

June 11th, 2019 | by Mastura
Kesihatan & Hidup Aktif

“Saya tidak merokok dan makan berlebihan”- Tun M

Jika kita lihat daripada usianya, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang manusia besi. Mana taknya, di usia yang menganjak 93 tahun, Tun Mahathir masih lagi kuat mentadbir, menguruskan hal ehwal negara bahkan boleh memandu kereta sendiri. Wow!

Korang boleh bayangkan tak keadaan korang bila dah tua nanti? Hmm.. Sejujurnya min kagum sangat dengan cara Tun M menguruskan dirinya dan pada masa yang sama menjaga kesihatan untuk kekal sihat bertenaga. 

Apa rahsia pemakanan Tun ea?

Macam yang korang tau Tun M dan Tun Siti Hasmah sangat menjaga pemakanan seharian mereka. Ingat tak lagi pernah viral dulu tentang makanan yang Tun M ambil setiap hari, sikit je nasi yang Tun ambil. Masa tu ramai rasanya yang start potong pengambilan nasi sebab nak sihat macam Tun M.

Peminat makanan tempatan, rahsia pemakanan Tun M terbongkar!

Kalau korang nak tau Tun M dan isteri merupakan peminat makanan tempatan tau! Macam mana kami tau? Haa.. Baru-baru ni Tun M ada menghadiri majlis makan malam dan satu laporan tentang menu makanan yang dihidangkan kepada Tun M dan isteri telah disiarkan oleh media bahasa Cina eNanyang.

Untuk pengetahuan korang dalam protokol kerajaan, makanan yang dihidangkan kepada Perdana Menteri haruslah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri atau chef peribadinya supaya sesuai mengikut diet Tun M dan isteri. Hmm.. Mungkin ke ini rahsia Tun M kekal sihat?

Ni kami share menu makanan Tun M, jangan risau ada terjemahan kat bawah ya!

Makanan kegemaran:

  • Mee kari/char kuew tew/mi goreng
  • Roti jalan dengan kari daging
  • Tosai
  • Asam pedas ekor
  • Aneka kuih Melayu (kurang manis)
  • Popia
  • Semua jenis buah buahan kecuali buah naga

Minuman kegemaran:

  • Air minuman (Spritzer)
  • Kopi/teh (kurang manis)
  • Kopi tanpa caffein (Tun Siti Hasmah)
  • Teh + madu+ lemon (Tun Siti Hasmah)

Makanan dielakkan:

  • Ikan (Tun Mahathir)
  • Lala dan sotong (Tun Siti Hasmah)
  • Makanan pedas (kedua-duanya)

Wow! Kalau tengok senarai makanan yang Tun M dan isteri suka makan kebanyakkannya semua makanan tempatan dan hidangan yang dikurangkan gula. Haa.. Nampak tak, korang boleh je nak makan apa jenis makanan pon, tapi yang penting kenalah jaga pengambilan makanan korang!

”Berhenti makan bila tengah seronok”-Tun M

Selain menjaga pemakanannya, Tun M sangat mengingati nasihat maknya supaya berhenti makan apabila rasa seronok supaya tidak terlebih kenyang. Itulah rahsia Tun M masih mampu menyarung seluarnya yang dibeli 40 tahun yang lalu.

Bukan makanan je. kalau korang perasan, minuman yang Tun M dan isteri ambil pon hanya kopi, teh dan air mineral. Air mineral pon air mineral semulajadi Spritzer tau! Psstt… Tun M mestilah tau penutup hijau mana yang terbaik untuk kesihatannya dan isteri.

Spritzer merupakan air mineral semulajadi dengan sumber yang terletak di bank tanah seluas 330 ekar selama 30 tahun! Selain kaya dengan mineral, Spritzer turut mengandungi silica yang memberikan kesan anti-penuaan dan boleh membantu kulit korang glowing.

Patutlah dah usia 93 tahun pon masih kuat bertenaga, korang macam mana pula? Jom sihat macam Tun M!