berita

‘Usia Kandungan Rahsia’ – Harris Aliff Mengaku Intan Ladyana Berbadan Dua

December 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, penampilan pelakon Intan Ladyana di TikTok suaminya, Harris Aliff mencuri perhatian ramai apabila dikatakan sedang hamil anak kedua.

Artikel Berkaitan: Nampak ‘Baby Bump’, Intan Ladyana Berbadan Dua?

Sedang berbadan dua

Terbaru, Harris mengesahkan bahawa isterinya kini hamil anak kedua mereka. Walau bagaimanapun, dia enggan memperincikan butir kehamilan itu.

Ya, Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia.

Tambah Harris, dia dan Intan memohon doa orang ramai agar kehamilan kali ini dipermudahkan.

Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan Allah. Apabila tiba masa yang sesuai nanti, saya dan Intan sendiri akan maklumkan butir lanjut kepada semua. Sekarang belum masanya lagi. Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi ‘steady’ dulu.

Sekadar info, Harris dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Evie Khadeeja, 2.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×