Seorang lelaki bergelar ustaz ditahan pihak polis selepas didakwa melakukan mencabul dan merogol anak angkat dan anak saudaranya sendiri.

Cabul, perkosa

Sekadar gambar hiasan

Menurut wakil polis di Indonesia, perbuatan jijik suspek yang berusia 51 tahun itu terbongkar selepas mangsa pertama, ZA, yang kini bergelar mahasiswa, mendedahkan perbuatan ayah angkatnya kepada keluarga.

Pada 27 Jun 2025, ketika selesai mandi dan mahu memakai pakaian di bilik, mangsa didatangi suspek yang memaksa melakukan hubungan badan.

Mangsa yang ketakutan tidak mampu melawan dan memilih untuk meninggalkan rumah. Beberapa hari kemudian, ZA kembali ke rumah lalu menceritakan kepada keluarga bahawa dia telah dicabuli ayah angkatnya sejak berada di tingkatan dua.

Suspek turut memcabul dan memperkosa anak saudaranya sendiri, SA. Menurut polis, SA menjadi mangsa sejak darjah enam.

Susulan daripada itu, suspek kini telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: News Detik