berita

Ustaz Ebit Lew Sewa Pesawat Hantar Bantuan Kepada Petugas Kesihatan Di Sabah

October 30th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan usaha-usaha murni dalam membantu rakyat Malaysia, kali ini beliau muncul sekali lagi dalam membantu mereka yang terjejas dalam keadaan yang sukar di Sabah.

Ebit Lew sekali lagi membuatkan banyak pihak terharu kerana telah menghulurkan bantuan yang sangat diperlukan untuk kegunaan petugas kesihatan di sana.

Berdoa untuk Sabah

Foto: Ustaz Ebit Lew

Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew menerusi Facebook, beliau telah menggunakan perkhidmatan pesawat kargo Raya Airways untuk menghantar bantuan keperluan kepada petugas kesihatan di Sabah.

Antara bantuan yang disalurkan oleh Ustaz Ebit Lew adalah set PPE, Pelitup Muka, Face Shield serta pelindung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas kesihatan di Sabah.

Ustaz Ebit Lew turut memohon rakyat Malaysia semoga berdoa untuk Sabah sentiasa kuat dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 ini.

Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo.
Doakan yer insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah…sayang orang Sabah sangat-ebitlew

Di dalam perkongsian tersebut, netizen-netizen turut membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih dan berdoa kepada beliau kerana sering menjadi penyelamat dalam situasi pandemik ini.

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew

 

SKIP THIS AD ×