berita

“Ustaz, Sampai Hari Ini Saya Masih Tidak Percaya Anak Saya Dah Tak Ada”

December 1st, 2018 | by Amat
Kini Trending

Hanya menyedari perut mula membesar dari hari ke hari, seorang bekas pelajar UM, Nur Ain Jannah, telah didiagnos menghidap kanser usus sejak di bangku sekolah menengah lagi. Walaupun menyedari dirinya menghidap kanser namun, semangatnya tidak pernah putus asa untuk cemerlang dalam pelajaran.

Bukan hanya kanser usus saja tetapi dia juga menghidap kanser rahim dan paru-paru tanpa dia sedari. Kisah yang diceritakan guru ini amat menyayat hati. Semangat juang menuntut ilmu yang ada pada arwah Nur Ain harus dicontohi semua pelajar.

Perut Ain mula membesar

Gambar sekadar hiasan

Nur Ain Jannah bt Mohamad Zakir (1998-2018)

Coretan ini saya nukilkan atas amanah yg saya terima dari ayah arwah Ain. Ayah Ain mohon saya tulis kisah ain agar ia menjadi pendorong semangat khusus buat rakan2 Ain di jabatan geografi UM, dan amnya utk semua.

Hari ni saya dan 2 orang rakan dari hal ehwal pelajar UM ke Kuantan untuk ziarah takziah dan hulurkan sumbangan buat keluarga ain. Kehadiran kami disambut oleh kedua ibu bapanya dengan senyuman sayu…. tiada perabot di bahagian ruang tamu selain 2 bidang tikar terhampar. Kehidupan keluarga Ain amat sederhana. Ayah dan ibu Ain bercerita bersilih ganti apa yg Ain lalui. Kehidupan keluarga ini mula berubah semasa Ain di sekolah menengah.

Ain mula tidak dapat makan dan minum. Perut Ain mula membesar. Setelah melalui beberapa prosedur, Ain telah didiagnos menghidap kanser usus. Sebahagian usus telah dibuang dan beliau melalui rawatan kimoterapi. Walau masih dalam rawatan, beliau tetap ke sekolah. Pada tahun berikutnya pembedahan di bahagian usus dibuat sekali lagi kerana parut di bahagian yg dibedah melekat dan usus tersumbat.

Semangat utk Ain belajar tidak pudar. Semasa di tingkatan 5, sekali lagi perut Ain membesar. Ain disahkan mengalami kanser di bahagian rahim. Sekali lagi Ain melalui prosedur kimoterapi dan pembedahan. Ain tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian utk SPM.

Beliau tekad utk meneruskan pelajaran dan menduduki STPM. Keputusan yg Ain buat ini memberi tamparan hebat kepada rakan2 sekolahnya yang putus asa kerana keputusan SPM yg kurang memuaskan. Akhirnya rakan2 rapat Ain turut menduduki STPM.

Paru-paru kanan diserang kanser

Gambar sekadar hiasan

Ain berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dan menerima tawaran ke UM dalam bidang Geografi. Ayah berat untuk lepaskan Ain, tapi Ain merayu kerana Melanjutkan pelajaran di UM adalah harapannya.

Setelah sebulan melalui kehidupan sebagai seorang mahasiswi, Ain terpaksa kembali pulang ke pangkuan keluarga kerana mengalami batuk yg teruk dan sukar utk bernafas.

Setelah melalui beberapa prosedur, Ain sekali lagi disahkan menghidap kanser di bahagian paru-paru. Sebahagian besar paru-paru Ain di bahagian kanan telah diserang kanser. Hanya bahagian sebesar 50 sen sahaja yg tinggal.

Ain tidak dapat melalui rawatan kimoterapi kerana keadaannya yg kurang sihat. Hampir 2 bulan Ain tidak dapat baring kerana setiap kali baring beliau akan mula tidak dapat bernafas. Beliau hanya duduk menunduk beralaskan papan para yg dibuat khas oleh ayah sebagai tempat berpaut tangan. Itulah posisi yg paling selesa utk Ain selama hampir 2 bulan.

‘Saya tidak percaya anak saya dah tiada’

Pada 26 November 2018 jam lebih kurang 9.30 pagi, apa yg dilalui oleh Ain telah tiba kepenghujungnya. Rahmat Allah telah menjemput Ain bertemu Yang Maha Kuasa.

Ibu dan Ayah Ain masih sukar menerima pemergian anak tunggal mereka, kerana tatkala ajal datang menjemput Ain, mereka berdua berada di Hospital Kuala Lumpur kerana ibu Aim perlu menerima rawatan radioterapi. Ibu Ain sedang bertarung dengan kanser payudara.

Perasaan hiba yg ibu dan ayah Ain lalui hanya Allah yang maha mengetahui. Ketika mereka tiba di rumah, jenazah telah diuruskan dengan sempurna. Hanya mata Ain masih belum tertutup rapat. Ayah yg selama ini menguruskan Ain menyempurnakan segalanya. Mata Ain ditutup oleh ayah, dan kain kapan diikat rapi.

Pemergian Ain merupakan kehilangan besar buat para guru dan rakan sekolahnya. Ain merupakan inspirasi besar buat mereka serta jiran tetangga. Para doktor dan jururawat Hospital Kuantan yang selama ini merawat Ain turut hadir memberi penghormatan terakhir. Ain telah pergi buat selama-lamanya. Semangat utk teruskan kehidupan dan mendakap kejayaan membuatkan mereka sebak dan menitiskan air mata.

Ain dikebumikan tatkala azan Asar berkumandang. Pengebumian Ain diiringi awan mendung dan hunjan renyai2. Berduyun insan2 yg terkesan dengan pemergian insan tabah ini memenuhi tanah perkuburan. Pemergiannya amat istimewa… dalam jihad menuntut ilmu.

Di akhir perbualan, ibu menyapa saya….

“Ustaz, sampai hari ini saya masih tidak percaya anak saya dah tak ada, setiap kali saya ke pusara Ain, hati saya kuat meminta untuk digalikan semula kubur, supaya dapat saya sahkan sekali lagi Ain benar-benar dah tak ada”

Saya tahan rasa ketat dan sebak di hati…

“Akak, Ain sedang tunggu ibu dan ayahnya di tempat yg istimewa di sana. Cuma perkara pertama yg akak kena buat supaya dapat bersama2 dgn Ain… akak kena redha atas ketentuanNya. Banyakkan sedekah atas nama Ain. Insya Allah akak, Allah tak akan sia2kan hambanya yg bertakwa”.

Sumber: Mizra Hilmi

SKIP THIS AD ×